Neymar Ucap Selamat Tinggal Kepada Peminat Barcelona, Sedia Hadapi Cabaran Baharu

Ianya sudah rasmi, Neymar kini pemain Paris-Saint Germain (PSG)!

Di sebelah Paris, kebanyakan mereka sedang bergembira dengan ketibaan pemain hebat dari Brazil ini. Tetapi dia Barcelona, semuanya sedang berduka.

Namun begitu, Neymar pergi meninggalkan pesan kepada para peminat beliau di Barcelona – dan ia satu mesej yang cukup panjang.

Berikut adalah terjemahan ringkas kami untuk ucapan perpisahan beliau:

“Kehidupan sebagai ahli sukan ini sering berubah seiring dengan cabaran. Ada yang berdasarkan nasib dan ada yang berdasarkan keputusan kami sendiri.”

“Barcelona telah menjadi lebih dari sebuah cabaran. Saya tiba di Catalonia pada usia 21 tahun dan pelbagai cabaran menanti di hadapan ketika itu.”

“Saya masih lagi ingat hari pertama saya di kelab; berkongsi warna jersi yang sama dengan para idola seperti Lionel Messi, Victor Valdes, Xavi Hernandez, Andres Iniesta, Carles Puyol, Sergio Busquets dan yang lain-lain dengan jangkaan akan bermain dengan pasukan yang dianggap sebagai ‘lebih dari sebuah kelab’.”

“Barcelona adalah sebuah negara yang mewakili Catalonia!”

“Saya telah diberi penghormatan untuk bermain dengan pemain terbaik yang pernah saya saksikan dalam hidup dan saya pasti saya tak akan jumpa lagi pemain sehebatnya.”

“Messi telah menjadi pasangan saya, rakan saya di dalam dan luar padang dan saya berbangga dapat main bersama dengan kamu.”

“Saya mencipta serangan bersama-sama Messi dan Luis Suarez yang pasti akan dikenang dalam sejarah. Saya sudah menang segalanya yang saya mampu menang. Saya sudah menikmati saat yang tak dapat dilupakan bersama kelab ini!”

“Saya tinggal di bandar yang bukan sekadar sebuah bandar, tetapi adalah tanah tumpahnya darah. Saya sayangkan Barcelona dan juga Catalonia!”

(Photo credit should read LLUIS GENE/AFP/Getty Images)

“Tetapi seorang atlet perlukan cabaran. Dan untuk kali kedua dalam hidup saya, saya menentang apa yang dimahukan oleh ayah saya.”

“Saya faham pendapat yang diberikan oleh anda semua tetapi keputusan telah dilakukan. Saya cuma minta anda semua berikan sokongan diatas setiap perkara yang saya buat.”

“Barcelona dan Catalonia akan sentiasa dekat di hati saya tetapi saya perlukan cabaran baharu.”

“Saya telah menerima tawaran dari PSG untuk mencapai matlamat dan memenangi kejuaraan yang dimahukan peminat. Saya telah dipersembahkan dengan pelan karier yang mencabar dan saya bersedia untuk itu.”

“Jutaan terima kasih kepada semua penyokong Barcelona yang selalu menunjukkan rasa cinta anda kepada saya dan kepada semua idola yang berkongsi jersi bersama-sama saya.”

“Saya turut merasakan sudah tiba masa untuk pergi. PSG akan jadi tempat baharu saya untuk beberapa tahun mendatang.”

“Saya akan berusaha untuk menghormati segala kepercayaan yang diberikan kepada saya menerusi kebolehan bermain bola saya.”

“Saya dambakan sokongan dari semua orang, peminat, rakan-rakan, para profesional yang sentiasa menemani saya dan keluarga yang bersama saya ketika masa-masa sukar dalam karier saya – mereka berhak diberikan keamanan.”

“Ia satu keputusan yang sukar, tetapi terima kasih Barcelona!”

“PSG.. Aku datang! Semoga Tuhan merahmati dan melindungi kita semua.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN