Neymar Sah Tersisih 10 Minggu, Terpaksa Lupakan Pertemuan Dengan Man Utd

Neymar sah terpaksa disisihkan sehingga selama 10 minggu dan akan terlepas aksi dua perlawanan menentang Manchester United di pusingan kalah mati UEFA Champions League (UCL).

Perkara itu disahkan sendiri oleh Paris Saint-Germain (PSG) melalui satu kenyataan pada hari ini.

Bintang antarabangsa Brazil itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Strasbourg pada Rabu lalu di saingan Piala Perancis, namun Neymar tidak memerlukan pembedahan untuk merawat kecederaan tersebut.

Kenyataan PSG

Kenyataan dari PSG itu berbunyi: “Pada petang Selasa lalu, PSG memanggil sekumpulan pakar perubatan di Pusat Latihan Ooredoo untuk menilai tahap kecederaan kaki kanan Neymar Jr. yang dialami dalam perlawanan menentang RC Strasbourg di saingan pusingan 16 pasukan Piala Perancis pada 23 Januari lalu.

“Selepas analisis terperinci oleh pakar, satu keputusan dicapai untuk melakukan rawatan secara konservatif terhadap kecederaan Neymar Jr. yang dialami beliau di bahagian metatarsal kelima. Setelah dimaklumkan mengenai cadangan tersebut, bintang antarabangsa Brazil milik PSG itu telah menyatakan persetujuan untuk mengikuti protokol yang dinyatakan. Oleh kerana itu, Neymat dijangka hanya akan kembali beraksi selepas 10 minggu.

“Paris Saint-Germain akan menyokong  dan mendorong Neymar untuk mengharungi kecederaan ini, beserta keberanian dan keazaman yang sentiasa ditunjukkan oleh beliau.”

Kecederaan berulang

Kecederaan yang dialami oleh Neymar pada kali ini adalah kecederaan yang sama diamali oleh beliau pada musim lalu. Pada musim lalu, Neymar turut disahkan mengalami kecederaan metatarsal sekitar Februari, dan hanya pulih menjelang sepak mula Piala Dunia di Rusia.

Sebelum ini Neymar dijangka akan mengalami pembedahan yang mempunyai risiko menyebabkan karier beliau berakhir, sebelum langkah pemulihan konservatif diputuskan pada Rabu.

Neymar dijangka akan pulih sepenuhnya pada April, dan bersedia untuk perlawanan kedua suku akhir untuk PSG, sekiranya juara Ligue 1 itu berjaya melepasi halangan anak buah Ole Gunnar Solskjaer.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN