Neymar Terpaksa Lupakan Baki Saingan Musim Ini, Bakal Jalani Pembedahan Buku Lali

Neymar Buku Lali
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain'
00:35
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar telah disahkan bakal terlepas baki saingan musim ini selepas mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan ligamen buku lali.

Prosedur tersebut memerlukan penyarng antarbangsa Brazil itu direhatkan sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan.

Neymar telah menjaringkan 18 gol dan menyumbang 17 bantuan jaringan daripada 29 perlawanan dalam semua pertandingan pada musim ini.

Aksi terakhirnya adalah ketika PSG menewaskan Lille 4-3 pada bulan lalu dan diketepikan untuk dua perlawanan terakhir pasukan tersebut.

“Neymar Jr berdepan dengan beberapa episod ketidakselesaan pada bahagian buku lali kanannya dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” ujar kenyataan rasmi PSG.

“Ekoran daripada kecederaan terbaharunya pada 20 Februari lalu, staf perubatan mencadangkan agar pembedahan dijalankan secepat mungkin bagi mengelak daripada berlakunya risiko yang lebih tinggi. Kesemua pakar telah mengesahkan keperluan tersebut.

“Beliau dijangka diketepikan untuk tiga hingga empat bulan sebelum kembali menjalani latihan.”

Menurut kenyataan PSG, pembedahan tersebut akan dibuat di Doha, Qatar.

Dalam pada itu, Neymar turut memberikan kata-kata ringkas menerusi satu ciapan di Twitter.

“Saya akan kembali lebih kuat,” ujarnya yang kemudian mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk nama-nama besar dalam bola sepak.

PSG kini sedang mendahului Ligue 1 dengan kelebihan lapan mata mengatasi pencabar terdekat Olympique de Marseille. Mereka akan berdepan Bayern Munich untuk aksi timbal balik pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah di mana mereka kini ketinggalan 1-0 secara agregat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN