Neymar Terima Anugerah Pemain Terbaik Liga Perancis

Bintang Brazil, Neymar dinobatkan selaku Pemain Terbaik Liga Perancis hari ini, mengatasi dua lagi rakan sepasukannya, Edinson Cavani dan Kylian Mbappe.

Pemain sayap Marseille Florian Thauvin yang juga tercalon dalam perebutan gelaran itu menduduki tempat keempat dalam majlis anugerah Ligue 1 tersebut di Paris, semalam.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan saya. Saya sangat berbangga dan gembira dengan pencapaian PSG musim ini.

“Saya sudah pasti sukar untuk memenanginya jika tanpa bantuan daripada mereka,” katanya kepada media televisyen beIN Sports.

Neymar menjaringkan 19 gol dalam liga dan mencipta bantuan jaringan sebanyak 13 kali dalam 20 perlawanan ketika bersama juara Perancis itu.

Nama Neymar begitu hangat menjelang jendela perpindahan musim hadapan apabila beliau menjadi tumpuan kelab gergasi seperti Real Madrid dan Manchester United.

Bintang berusia 26 tahun yang kini dalam proses pemulihan itu ternyata tidak mahu untuk membincangkan mengenai masa depannya di Paris Saint-Germain.

”Kita akan bercakap mengenai perkara ini setiap kali jendela perpindahan dibuka. Saya tidak mahu mengulas mengenai perkara ini pada waktu sekarang,” ujar Neymar.

Beliau turut memberikan penghargaan terhadap rakan sepasukannya diatas kejayaan yang diraih.

”Saya berasa sangat terkesan dan gembira dengan musim ini. Ia merupakan satu penghargaan. Tanpa bantuan rakan sepasukan, saya tidak akan menerima anugerah ini,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN