Neymar Tangisi Kecederaan, Tuchel Tunggu Laporan Perubatan

Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar dilihat menangis sambil terhincut-hincut ketika dikeluarkan daripada permainan akibat kecederaan dalam perlawanan menentang Strasbourg di saingan Coupe de France pada awal pagi tadi.

Pemain dari Brazil itu dipercayai mengalami kecederaan kaki kanan selepas pemain Strasbourg, Moataz Zemzemi cuba melakukan terjahan sebanyak tiga kali terhadap Neymar, sebelum pengadil perlawanan memberikan sepakan percuma.

Neymar emosi

Neymar yang tidak senang dengan aksi lasak Zemzemi sempat menyungkit bola melepasi kepala pemain lawan itu – untuk membalas dendam – sebelum aksi susulan melalui rembatan oleh Neymar tersasar.

Neymar kemudian meninggalkan padang seketika untuk menerima rawatan, dan walaupun kembali beraksi selepas itu, beliau kelihatan beremosi ketika menuju bilik persalinan selepas digantikan dengan Moussa Diaby pada minit ke-62 perlawanan.

(Photo by Xavier Laine/Getty Images)

Bercakap kepada Eurosport selepas perlawanan, pengurus PSG, Thomas Tuchel melahirkan kebimbangan terhadap situasi pemain termahal dunia itu.

“Tidak. Saya tidak bercakap kepada Neymar lagi kerana beliau kini berada di hospital. Sudah tentu saya risau.

“Ianya amat sukar. Ia adalah kaki [bahagian] yang sama ketika beliau mengalami kecederaan metatarsal pada tahun lalu.”

Kecederaan tersebut menyebabkan Neymar tersisih hampir separuh musim, sebelum pulih menjelang Piala Dunia pada 2018.

Krisis kecederaan?

Kecederaan kali ini juga membuatkan PSG gelisah kerana perlu menentang Manchester United pada Februari nanti di saingan UEFA Champions League.

Sebelum ini Tuchel turut menyifatkan kecederaan seorang lagi pemain, Marco Verratti sebagai sangat serius selepas pemain itu mengalami kecederaan dalam perlawanan menentang Guingamp.

Kini Tuchel dan PSG hanya mampu berdoa supaya ada berita baik mengenai kecederaan kedua-dua pemain tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN