Quantcast

BERITA

Neymar Sudah Pasrah Tidak Akan Sertai Barcelona Kali Ini

Neymar kini terpaksa bersetuju untuk meneruskan kehidupan di Paris Saint-Germain (PSG) selepas perbincangan diantara juara Ligue 1 dan Barcelona telah ditamatkan.

Menurut laporan Sky Sports, Neymar akan kembali menyertai PSG selepas tamat tugasan antarabangsa bersama Brazil di Miami.

Kini difahamkan Neymar akan menghormati baki kontrak bersama PSG, dan akan memberikan komitmen sepenuhnya kepada skuad kendalian Thomas Tuchel selepas kembali dari tugasan bersama Brazil.

Keengganan PSG untuk menurunkan nilai untuk pemain tersebut telah menyukarkan perjanjian dipersetujui – walaupun Neymar sendiri menawarkan untuk membayar tambahan €20 juta untuk menjayakan perpindahan tersebut.

Sebelum ini Barcelona dikatakan pernah menawarkan £90 juta kepada PSG termasuk dengan mana-mana dua pemain dari skuad utama mereka sebagai tukaran kepada Neymar.

Juara La Liga itu juga menawarkan enam pemain pilihan sebagai tukaran untuk PSG.

Ivan Rakitic, Ousmane Dembele, Malcom, Philippe Coutinho antara pemain yang ditawarkan kepada PSG untuk dipilih. Namun semua cadangan tersebut masih gagal membuatkan PSG berpuas hati.

Neymar baharu sahaja menamatkan pergantungan tiga perlawanan di Ligue 1, dan dijangkan akan berada di dalam perancangan Tuchel dalam perlawanan seterusnya menentang Strasbourg pada 14 September hadapan.