Neymar Sr: “Tak Mustahil Neymar Jr. Akan Ke Real Madrid”

Sebelum ini Neymar Jr. menepis spekulasi mengaitkan beliau dengan Real Madrid. Beliau memberitahu yang beliau selesa di PSG dan mahu mencipta banyak kejayaan di kelab Paris tersebut.

Laporan Don Ballon di Sepanyol menyatakan Real Madrid menyediakan dana €250 juta untuk mendapatkan Neymar dan sudah merancang menjual 4 pemain berprofail tinggi.

Antara pemain yang dikaitkan akan dijual untuk menambah dana pembelian Neymar ialah Karim Benzema, Gareth Bale, Rafael Varane, dan James Rodriguez

Semalam, ayahnya yang juga merupakan pengurus beliau, Neymar Senior memberitahu ESPN Brazil bahawa semua itu tidak mustahil untuk berlaku.

Tetapi Neymar Sr. menyatakan buat masa ini, sebarang rundingan untuk membawa Neymar ke Real Madrid agak mustahil kerana Neymar baru di PSG 3 bulan.

“Hari ini kita tidak fikirkan tentangnya. Menjawab soalan dan idea seperti itu adalah tidak mustahil. Saya tidak boleh menjawab tentang rundingan 5 atau 6 tahun akan datang pada hari ini.”

“Neymar Jr. ada kontrak yang panjang di PSG dan dia baru beraksi di sini. Baru sahaja 3 bulan di sini dan sudah ada orang menyatakan yang beliau mahu angkat kaki.”

(Photo by Xavier Laine/Getty Images)

Neymar menikmati musim yang indah setakat ini di Perancis dengan gandingan hebat bersama Cavani dan Mbappe.

Trio Neymar-Cavani-Mbappe dianggap yang terbaik di Eropah ketika ini. Neymar sudah menjaringkan 14 gol daripada 15 penampilan pertama beliau dengan PSG.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN