Neymar: “Saya Berguling Sebab Sakit, Anda Tiada Pengalaman Tentangnya Bolehlah Kata Macam-Macam”

Neymar menjadi bahan jenaka di internet dan di media arus perdana selepas aksi berguling-guling beliau ketika Piala Dunia 2018. Ramai yang mengutuk Neymar kerana terlalu mudah merebahkan badan.

Namun Neymar mempertahankan tindakannya dan menyatakan ia bukang lakonan tetapi memang betul-betul sakit. Neymar tak faham kenapa ramai yang menganggap dia berlakon dan menjadikan ia bahan jenaka di atas kesakitan dialaminya.

“Anda fikir saya sengaja nak minta dibentes setiap masa? Tak, itu menyakitkan.”

SAMARA, RUSSIA – JULY 02: Miguel Layun of Mexico collects the ball as Neymar Jr of Brazil goes down injured during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between Brazil and Mexico at Samara Arena on July 2, 2018 in Samara, Russia. (Photo by Buda Mendes/Getty Images)

“Selepas perlawanan saya terpaksa balik lewat ke hotel kerana perlu ‘stay back’ untuk rawatan ais (rawatan pemulihan) selama 4 atau 5 jam selepas kesakitan itu.”

“Ianya sangat rumit. Jika anda tak pernah mengalaminya anda tak akan faham dan bolehlah anda bercakap apa sahaja.”

“Saya tengok lawak-lawak itu, tapi saya tak sakit hati pun, saya anggap ia satu bahan jenaka hiburan.”

“Semalam pun saya ada muat naik di instagram tentang budak-budak yang berjenaka tentangnya (Neymar roll).”

“Gaya bola sepak saya adalah seorang penggelecek, untuk berhadapan dengan lawan saya, saya tak boleh berada di hadapan lawan saya dan berkata, ‘oh sayangku, minta maaf, saya nak menjaringkan gol’. Saya tak boleh buat macam tu.”

“Selepas menggelecek melepasi lawan saya perlu melakukan sesuati kerana dia tidak akan membiarkan saya melepasinya begitu sahaja, ini termasuk cuba menjatuhkan saya.”

“Dalam banyak situasi saya lebih laju dan lebih pantas daripada pemain lain dan mereka membentes saya dan pengadil pun ada di situ melihatnya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN