Neymar Akhirnya Mohon Maaf Atas Insiden Rebut Sepakan Penalti Dengan Cavani

Nampaknya, api permusuhan sudah mula dipadamkan.

Sebelum ini, peminat bola sepak digemparkan dengan insiden dua pemain Paris Saint-Germain (PSG) iaitu Neymar dan juga Edison Cavani berebut bola ketika perlawanan Ligue 1 menentang Olympique Lyonnais.

Ianya berlaku ketika kedua-dua pemain itu berebut untuk mengambil sepakan penalti sambil Dani Alves muncul untuk merampas bola daripada Cavani untuk memberikan kepada Neymar.

Insiden itu nyata memberikan masalah kepada pasukan PSG dengan Cavani tidak menyertai perjumpaan pasukan selepas perlawanan tersebut.

Neymar pula bertindak dengan tidak mengikut akaun Instagram Cavani serta mendesak pihak atasan PSG menjual Cavani.

Terbaharu, Neymar dikatakan telah melakukan permohonan maaf ketika sesi latihan pasukan tersebut.

Permohonan maaf itu dilakukan dengan bantuan kapten Thiago Silva yang bertindak sebagai penterjemah.

Alves yang turut dikatakan sebagai bara kepada api permusuhan ini turut telah meredakan keadaan diantara 2 pemain itu.

Beliau telah membawa kedua-dua pemain itu keluar makan malam bersama sebagai salah satu usaha untuk meredakan ketegangan yang melanda.

Diharap tindakan sebegini dapat meredakan masalah yang berlaku di PSG ketika ini.

Sumber:

  1. L’Equipe (2017): PSG : Neymar s’est excusé devant le groupe après l’incident avec Cavani; https://www.lequipe.fr/Football/Actualites/Psg-neymar-s-est-excuse-devant-le-groupe-apres-l-incident-avec-cavani/836194

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN