Bintang Brazil, Neymar mengakui berada dalam keadaan terbaik apabila kembali berlatih bersama Paris Saint-Germain (PSG) menjelang Piala Dunia 2018, selepas berehat lebih dua bulan akibat patah tulang kaki.
Penyokong juara dunia lima kali itu, berdoa agar pemain termahal dunia tersebut akan kembali cergas 100 peratus dalam usaha pasukan berkenaan memburu gelaran keenam, di Rusia.
Neymar is back! Brazil striker returns to full training with PSG just in time for World Cup https://t.co/DFhfDeIB0V
— Mail Sport (@MailSport) May 17, 2018
“Saya mula berlatih dengan bola, membuat hantaran, menyepak. Saya rasa bagus, selesa.
“Jelas ada sedikit ketakutan tetapi saya semakin dapat mengatasinya sedikit demi sedikit,” katanya dalam temubual di Facebook bersama Desimpedidos.
https://twitter.com/BrazilStat/status/996079804855222272
Neymar mengalami kecederaan pada 25 Februari lalu ketika beraksi bersama PSG ketika menentang Marseille dalam saingan Ligue 1.
Akibat kecederaan itu, Neymar terpaksa menjalani pembedahan pada bahagian tulang di kaki kanannya di Brazil pada awal Mac.