Neymar Jr’s Five Malaysia Kembali Lagi, Beri Peluang Kepada Warga Tempatan Main Di Brazil

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Kejohanan Neymar Jr’s Malaysia anjuran Red Bull Europe kembali lagi!

Selepas kejohanan ini pada tahun lalu menghasilkan kejayaan apabila wakil negara berjaya beraksi di peringkat dunia di Brazil, kejohanan ini kembali lagi untuk musim kedua!

Peluang sekali lagi terbuka buat mana-mana pasukan bola sepak 5 sebelah untuk beradu kekuatan untuk memperoleh tiket beraksi di  Instituto Projeto Neymar Jr. di Sao Paolo.

Pusingan kelayakan

6 lokasi pusingan kelayakan telah pun dipilih dan ia akan diadakan pada bulan April hingg Mei ini. Berikut adalah lokasinya:

  • UiTM, Shah Alam (Sabtu, 8 April 2017 – 8 pagi)
  • Taylor’s Lakeside University, Subang Jaya (Sabtu, 15 April 2017 – 8 pagi)
  • Educity Stadium, Nusajaya, Johor (Sabtu, 22 April 2017 – 8 pagi)
  • Ferro Futsal, Pahang (Sabtu, 29 April 2017 – 8 pagi)
  • Azman Hashim USM Sports Arena, Pulau Pinang (Sabtu, 6 Mei 2017 – 8 pagi)
  • Real Sports Arena, Klang, Selangor (Sabtu, 13 Mei 2017 – 8 pagi)

Untuk peraturan pula, ia dibuka kepada mana-mana pasukan yang mempunyai 5-7 pemain dari usia 18 hingga 25 tahun.

Buat pertama kali, 2 pemain berusia 25 tahun dan ke atas dibenarkan untuk sertai kejohanan ini!

Pusingan kelayakan juga menyaksikan sebanyak 4 pusingan akan diadakan di setiap lokasi yang kami sertakan tadi.

Pemenang yang akan ke Brazil pula bakal ditentukan dalam pusingan akhir peringkat kebangsaan yang akan diadakan di iM4U Sentral pada 20 Mei 2017.

Pemenang peringkat kebangsaan akan terbang ke Sao Paolo untuk beradu kekuatan bersama pemenang-pemenang Neymar Jr’s dari seluruh dunia di Instituto Projeto Neymar Jr. dengan perjalanan ditanggung oleh pihak iM4U, Red Bull dan juga Tune Talk.

Pasukan negara pada edisi lalu diwakili oleh TOT United yang diketuai oleh saudara Shamar Fadzil telah berjaya memukau jurulatih skuad futsal negara – Chiew Chun Yong.

2 pemain TOT United yang beraksi di Neymar Jr’s Five peringkat dunia iaitu Aidil Shahril dan Syed Aizad Daniel telah berjaya diserap ke dalam skuad futsal kebangsaan.

Pasukan TOT United yang mewakili Malaysia pada kejohanan edisi lalu.

Kejohanan ini sedikit berbeza kerana ia menggunakan format last man standing dimana pasukan perlu menjaringkan gol untuk mengeluarkan pihak lawan.

Pasukan lawan yang bolos perlu keluarkan seorang pemain mereka dan pasukan mana yang kehabisan pemain dahulu akan dikira kalah.

Jadi apa tunggu lagi? Jom sertai dan jadi wakil Malaysia di Brazil!

Baca juga: Arrigo Sacchi Mahu Dybala Buang Tabiat Suka Protes Keputusan Pengadil

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN