Neymar: “Hutang Biskut Emak Telah Jadi Motivasi Saya Untuk Berjaya”

Neymar masih kekal pemain termahal dalam sejarah bola sepak apabila beliau menyertai PSG dengan nilai £198 juta ataupun €222 juta dari Barcelona. Beliau berkongsi bagaimana beliau menjadikan kesusahannya ketika kecil sebagai pemangkin semangat beliau untuk berjaya.

Menerusi satu temuramah khas dengan saluran YouTube – O Primo Rico, Neymar memberitahu peristiwa ibunya terpaksa ‘berhutang’ dengannya ketika kecil – antara motivasi paling besar dalam hidupnya untuk berjaya.

Neymar berkata: “Ada satu kisah di antara saya dan emak – di mana saya rasa sudah ramai pernah mendengarnya.”

“Ketika itu saya sangat teringin sangat nak memakan biskut tetapi kami tiada biskut. Saya meminta emak untuk membeli biskut dan  emak berkata: ‘Anak, kita tak ada wang, emak hutang kamu dulu. Emak janji, mungkin minggu depan ayah kamu dapat gaji – nanti kita beli’.”

“Pada masa yang sama saya membalas beliau, ‘tak mengapalah emak, nanti kalau saya dah besar – saya dah kaya – saya akan belikan emak kilang biskut. Nanti bolehlah saya makan seberapa banyak biskut saya nak’.”

“Emak saya selalu menangis setiap kali saya ceritakan balik cerita itu kepada beliau.”

Neymar kemudian melihat bola sepak sebagai salah satu cara terbaik untuk beliau mengubah nasib diri dan keluarganya. Beliau berlatih setiap hari dan menajamkan skil beliau. Akhirnya beliau menjadi perhatian pemantau bakat dari Eropah.

“Rasanya ketika saya berusia 14 atau 15 tahun, saya mulai sedar jika saya tak nak hidup susah lagi, saya harus melakukan perkara yang betul dalam hidup.”

Pada usia belasan tahun beliau sudah menjadi bintang di liga Brazil. Beliau menarik perhatian kelab besar termasuk Real Madrid dan Barcelona. Neymar kemudian menyertai Barcelona. Selepas itu beliau berpindah ke PSG menjadikannya salah seorang atlet dengan pendapatan tertinggi.

Pada usia 26 tahun Neymar sudah menikmati kemewahan hidup dengan bola sepak. Beliau juga merupakan pemain penting Brazil – yang juga kapten negaranya selain daripada  bintang global yang diminati ramai.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN