Bartomeu: “PSG Melanggar FFP Jika Bayar Kluasa Perlepasan €222 Juta Neymar”

Neymar bukan untuk dijual! Itulah amaran daripada Josep Maria Bartomeu kepada PSG. Beliau turut memberikan peringatan kepada PSG bahawa usaha mereka akan membuatkan mereka menyalahi Financial Fair Play (FFP).

Josep Maria Bartomeu berkata: “Klausa pelepasan €222 juta pada Neymar menjadikannya mustahil bagi PSG untuk membeli beliau tanpa melanggar peraturan FFP.”

“Neymar mempunyai baki kontrak empat tahun lagi bersama kami. Dan sudah tentu beliau merupakan pemain penting kami.”

“Beliau adalah sebahagian daripada pasukan kami. Beliau juga merupakan salah seorang trio serangan pasukan kami bersama-sama Messi dan Suarez.”

“Jika mereka membuat keputusan untuk membayar klausa perlepasan €222 juta itu, mereka sebenarnya sedang melanggar FFP.”

Media Sepanyol melaporkan Bintang Barcelona tersebut mungkin akan mempertimbangkan ke PSG untuk mencipta legasi beliau sendiri seperti yang dilakukan Lionel Messi di Barcelona dan Cristiano Ronaldo di Real Madrid.

PSG menggiatkan usaha untuk memburu Neymar dalam jendela perpindahan kali ini sebagai langkah memperbaiki kualiti pasukan mereka untuk musim baru. Ini selepas musim 2016/17 yang kurang menggembirakan pemilik kelab mereka, Nasser Al-Khelaifi.

Musim lalu, Neymar sudah menandatangani kontrak lanjutan pada musim lalu. Menjadikan kontrak semasa beliau adalah sehingga 2021.

Sementara itu, Naib Presiden Barca, Jordi Mestre memberikan jaminan pemain tersebut 200% akan kekal di Barcelona.

Setakat ini, Neymar sudah menjaringkan 105 gol daripada 186 penampilan bersama Barcelona sejak menyertai kelab tersebut dari Santos pada 2013.

Menarik juga untuk mendengar Barcelona cuba menggunakan FFP untuk mempertahankan pemain mereka apabila dibida oleh pasukan yang memiliki sumber kewangan terlalu besar seperti PSG.

Sebelum ini ramai menyatakan klausa itu sudah terlalu besar untuk ‘melindungi’ Neymar daripada dipancing pasukan lain.

Bahana bola sepak moden!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN