Neymar Failkan Tuntutan Hutang Ketiga Daripada Barcelona

El Mundo melaporkan, Neymar akan membawa Barcelona ke mahkamah berikutan tuntutan €6.5 juta klausa beliau yang belum dijelaskan Barcelona lagi.

Klausa tersebut adalah bonus kepada Neymar yang memilih untuk menyertai Barcelona daripada Santos pada 2013. Pada ketika itu, Neymar menjadi rebutan banyak kelab termasuk Real Madrid.

Ini merupakan tuntutan ketiga daripada Neymar ke atas Barcelona. Sebelum ini beliau pernah menuntut Barcelona melangsaikan bonus kesetiaan beliau kerana kekal bersama Barcelona sehingga Julai 2017.

Namun Barcelona enggan membayarnya kerana mereka menuduh Neymar sudah berbincang dengan PSG pada Julai lagi.

Neymar sebelum itu melanjutkan kontrak belia dan ada klausa menyatakan, jika beliau tidak menyertai mana mana pasukan sehingga Julai 2017, beliau akan mendapat sekitar €28 juta.

Tuntutan itu difailkan Neymar pada Januari 2018.

Satu lagi tuntutan adalah €3.5 juta pada Disember 2019. Tuntutan ini kerana menurut Neymar gajinya belum dibayar penuh pada tahun tahun 2017. Di mana beliau mahukan gaji itu.

Barcelona sudah menjelaskan mereka tidak mahu membayar gaji Neymar penuh kerana pemain itu menyertai PSG pada Ogos 2017.

Jadi kesemua tuntutan itu sekarang ini berjumlah sekitar €38.6 juta.

Di Eropah, ada ramai pemain dibayar terus setahun ataupun 6 bulan. Terutama sekali pemain bintang.

Neymar dikaitkan dengan kepulangan semula ke Barcelona. Dan beliau Sendiri sudah menyatakan dengan terbuka bahawa beliau mahu kembali.

Walaubagaimanapun, itu bukan alasan untuk Neymar tutup mata ke atas hutang Barcelona kepadanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN