Neymar Kembali Dilantik Sebagai Kapten Tetap Brazil

Neymar

Pemain Paris Saint-Germain (PSG), Neymar kini telah pun disahkan sebagai ketua pasukan tetap untuk skuad kebangsaan Brazil.

Menurut laman Goal, keputusan itu dilakukan oleh dibuat oleh Tite selepas jurulatih skuad kebangsaan Brazil itu memansuhkan polisi penggiliran pemain untuk menjadi kapten kepada pasukan negara itu.

Sebelum ini di Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Rusia, Tite melaksanakan penggiliran kepada beberapa pemain beliau untuk menjadi kapten Brazil.

Menurut Neymar, beliau bersedia untuk mempelajari pelbagai perkara lagi untuk mematangkan diri beliau sebagai pemain.

KAZAN, RUSSIA – JULY 06: Neymar Jr of Brazil looks on during the 2018 FIFA World Cup Russia Quarter Final match between Brazil and Belgium at Kazan Arena on July 6, 2018 in Kazan, Russia. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

“Saya kembali diterima sebagai kapten kerana saya telah belajar banyak perkara dan akan berterusan mempelajari sesuatu.”

“Tanggungjawab ini bakal menjadi sesuatu perkara yang baik untuk saya.”

Ketika di Piala Dunia, Neymar sering menjadi mangsa kepada kritikan di luar pada serta sasaran untuk dikasari oleh pertahanan lawan ketika bermain.

Katanya, beliau memilih untuk mendiamkan diri kerana beliau tidak berada dalam keadaan baik secara emosi.

Menurut Neymar, lebih baik beliau diam ketika tidak berapa baik sebelum mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

“Saya sering menjadi sasaran kepada pelbagai kritikan, dan banyak perkara yang tidak baik. Saya tidak berasa baik mengenainya.”

“Apabila tidak berasa baik, saya akan diam sahaja kerana bagi saya diam itu adalah jawapan yang terbaik.”

Seperti Mesut Ozil bersama skuad Jerman, Neymar menjadi sasaran kritikan peminat kerana kekalahan Brazil di Piala Dunia.

Mereka terkandas di suku akhir, tumbang kepada Belgium.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN