Neymar Dicemuh Dan Jaring Gol Kemenangan Dengan Libasan Pada Masa Kecederaan

Neymar akhirnya kembali beraksi bersama PSG selepas gagal memeterai perpindahan ke Barcelona.

Neymar dalam kenyataan kepada wartawan mengakui beliau memang mahu ke Barcelona. Namun ianya gagal. Dan beliau berjanji fokus beliau kini adalah PSG.

Sebelum ini Neymar telah dikutuk oleh Ultras PSG dengan bermacam-macam banner yang keluar. Semalam, beliau turut dicemuh oleh penyokong.

Sepanjang perlawanan Neymar mendengar beberapa sorakan dan chant yang mahukan beliau berambus, jika terus besar kepala serta tidak menghormati kelab.

Ada juga yang ‘chanting’: “Neymar Senior [Ayah Neymar – yang juga ejen kepada pemain itu], jual anak kamu di Vila Mimosa.”

Vila Mimosa merupakan sebuat tempat di Rio de Janeiro, kawasan pusat pelacuran di Brazil.

Banyak lagi ‘chant’ berbentu ‘x-rated’ ditujukan kepada Neymar.

Ini kerana mereka kecewa dengan sikap Neymar yang seolah-olah beralasan untuk tidak mahu terlibat dalam latihan pra musim.

Walaupun cedera sekalipun, Neymar sepatutnya berada di Paris. Namun Neymar tidak berada di situ dan mengejutkan pihak PSG yang mahukan pemain itu melapor diri segera untuk penilaian kecergasan.

Seterusnya Neymar pernah menyatakan, kenangan terindah dalam kariernya adalah ketika membantu Barcelona membelasah PSG satu ketika dahulu.

Semalam, Neymar kembali ke dalam pasukan. Dan lebih dramatik, jaringan tunggal pada masa kecederaan. Beliau telah membantu PSG menang tipis ke atas Strasbourg. Gol itu dilakukan dengan gaya akrobatik – sepakan gunting.

https://twitter.com/i/status/1172979138451443713

Neymar berkata kepada wartawan: “Semua orang tahu saya mahu pergi tempoh hari. Jika mereka mahu boo saya, teruskan. Saya tidak ada apa-apa yang cakap kepada penyokong.”

“Mereka datang untuk menyokong pasukan dan mereka boleh buat apa yang mereka mahu. Cuma, bagi saya, rakan-rakan saya yang lain – pasukan ini – tidak sepatutnya diboo sekali.”

“Saya tiada isu dengan penyokong PSG. Mereka adalah orang yang sama mengalu-alukan kedatangan saya, 2 tahun lalu, dan saya tidaka akan sama sekali lupakannya.”

“Mulai sekarang, saya akan bermain seperti di tempat lawan dalam semua perlawanan.”

Adakah penyokong PSG akan memaafkan Neymar selepas ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN