Dalam perlawanan debut minggu lalu Neymar menjaringkan 1 gol dan 1 bantuan gol. Awal pagi tadi, bintang termahal dunia ini menyumbang 2 gol dan 2 bantuan gol.
Sekaligus meletakkan statistik pemain tersebut telah terlibat secara langsung sama ada menjaringkan atau melakukan bantuan gol sebanyak 6 daripada 8 gol PSG setakat ini.
Neymar bermula dengan agak emosi apabila beliau tidak dapat menahan air matanya sebelum sepak mula. Dalam perlawanan PSG menentang Toulouse, satu sesi bertafakur seminit diadakan sebelum sepak mula.
Neymar pastinya tumpang sedih mengenangkan mangsa dan bandar Barcelona yang diserang sehingga mengorbankan beberapa nyawa.
Toulouse terlebih dahulu di hadapan menerusi jaringan Max Gradel minit ke-18. Neymar kemudian menyamakan pada minit ke-31. 4 minit kemudian Neymar melakukan bantuan gol untuk Rabiot.
Cavani dan Di Maria meletakkan PSG pada kedudukan 4-2 dengan 1 jaringan sendiri oleh Thiago Silva.
Gol ke-5 dan ke-6, Neymar masing-masing melakukan 1 bantuan gol kepada Kurzawa dan menjaringkan gol ke-6 pada masa kecederaan.
https://twitter.com/FootballFunnys/status/899383246055763970
Aksi cemerlang beliau sekali lagi membolehkan Neymar dihadiahkan pemain terbaik perlawanan dalam debut beliau di halaman PSG.
Paris Saint-Germain 6-2 Toulouse FT: Neymar averages a goal or an assist every 30 mins of league action this season https://t.co/y2veTa9D7z
— WhoScored.com (@WhoScored) August 20, 2017
Satu permulaan yang bergaya untuk Neymar di Ligue 1. Perlawanan seterusnya, PSG akan berhadapan dengan St. Ettiene.