Neymar Cabar Barcelona Menerusi Saluran Perundangan

Kisah bayaran bonus Neymar kini memasuki fasa baru. Pemain tersebut mahu menggunakan saluran undang-undang untuk mendakwa Barcelona.

Barcelona sebelum ini meminta Neymar mengembalikan bonus kesetiaan bernilai £7.8 juta yang dibayar kepada ayahnya. Bonus itu aktif sebaik sahaja Neymar menandantanganoi kontrak baru sehingga 2021 musim lalu.

Peguam Neymar menganggap pihak Barcelona melampau kerana tidak menepati perjanjian dan Neymar mahu mengambil tindakan undang-undang.

Selain daripada bonus untuk ayahnya, Neymar turut menuntut bonus khas untuk dirinya sendiri seperti yang dijanjikan oleh Barcelona. Jumlah tersebut dikatakan sekitar £23 juta yang masih belum dibayar oleh Barcelona.

(Photo by Xavier Laine/Getty Images)

Sebelum ini Barcelona menyatakan PSG adalah pihak yang bertanggungjawab ke atas semua bonus yang dituntut oleh Neymar itu.

Beberapa hari lalu, Neymar menghentam ‘board’ Barcelona dan menganggap mereka tidak berhak untuk berada di sana.

Penganalisis bola sepak Sepanyol, Eduardo Alvarez menyatakan dia terkejut jika Barcelona mengulangi sekali lagi perkara ini. Menurut Alvarez:

“Saya terkejut jika mereka melakukannya sekali lagi. Dahulu mereka pernah menyaman bekas Presiden, Juan Laporta kerana menuntut bayaran pampasan daripada mereka.”

“Laporta kalah dalam tuntutan tersebut, dan Laporta pula yang disaman oleh mereka kerana mengakibatkan kerugian kepada kelab sepanjang proses perbicaraan tersebut.”

“Laporta kecewa dengan tindakan itu dan dianggap merosakkan reputasi kelab.”

“Barcelona menyatakan mereka sudah memanjangkan hal Neymar ini kepada pihak berkuasa Sepanyol pada 11 Ogos lalu.”

Sumber

BBC – http://www.bbc.com/sport/football/41014149

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN