Manchester United dilaporkan sudah memulakan rundingan bersama Paris Saint-Germain berkait perpindahan mengejutkan Neymar ke Old Trafford pada jendela perpindahan musim panas ini.
Media terkenal Perancis, L’Equipe mendakwa yang rundingan untuk mendapatkan khidmat bintang Brazil itu sudah dimulakan dengan beberapa kelab dari Premier League dikatakan sangat berminat untuk mendapatkan Neymar terutama Manchester United.
Pemain berusia 31 tahun itu dikatakan benar-benar berhasrat mahu meninggalkan PSG pada penghujung musim ini selepas beliau dibeli oleh kelab dengan yuran perpindahan memecah rekod bernilai €222 juta enam tahun lalu.
PSG and Manchester United have entered talks around the possibility of Neymar going to Old Trafford, per @lequipe pic.twitter.com/HC96zgYuM2
— B/R Football (@brfootball) May 22, 2023
PSG sendiri sementara itu tiada masalah untuk melepaskan Neymar dengan mereka bersedia untuk melepaskan pemain penyerang itu andai ada kelab yang berminat.
Neymar ketika ini masih terikat dengan kontrak baru bersama kelab hingga 2027 nanti namun dek kerana melihat kelab terlalu mengagongkan Mbappe, bekas bintang Barcelona itu sepertinya tak gembira melihat hal tersebut.
Sejak musim panas lalu lagi Neymar sudah hangat dikaitkan dengan bakal meninggalkan kelab, dan sepertinya hal itu akan berlaku pada jendela perpindahan musim panas ini.
Manchester United dilaporkan sangat berminat mahu mendapatkan Neymar pada musim panas ini, namun sepertinya mereka perlu bersaing dengan beberapa kelab lain untuk mendapatkan bintang Brazil itu.
Laporan dari L’Equipe mendakwa yang ada beberapa kelab dari saingan Premier League turut sudah menghubungi PSG untuk bertanya tentang status Neymar bersama kelab.
🚨🇧🇷 BREAKING!
Casemiro is pushing hard to convince Neymar to join Manchester United. [@lequipe] #MUFC pic.twitter.com/9TBs6YDppV
— UtdPlug (@UtdPlug) May 22, 2023
Namun begitu, dari semua kelab yang berminat, Manchester United dilaporkan antara calon kegemaran untuk berjaya mendapatkan tandatangan pemain paling berskill itu.
Tambahan pula, Man United juga turut menggunakan bintang utama mereka, Casemiro untuk memujuk dan meyakinkan Neymar supaya bersetuju untuk ke Old Trafford.
Kedua-dua Neymar dan Casemiro pernah berseteru ketika karier mereka dalam saingan La Liga sebelum ini, dan mereka kali ini sepertinya mahu bersama di Old Trafford untuk takluki Premier League.
Man United kini sedang berada di posisi terbaik untuk mengakhiri saingan Premier League di kelompok empat teratas, dan sepertinya tiada masalah untuk mereka layak ke saingan Champions League musim hadapan.
Kejayaan Man United untuk beraksi di pentas saingan Champions League sepertinya akan menjadi faktor penting yang akan membawa Neymar ke Old Trafford.
🚨 BREAKING: Manchester United sedang aktif melakukan negosiasi dengan PSG untuk merekrut Neymar musim panas ini.
📝 @lequipe pic.twitter.com/g5FDIUm6mB
— Extra Time Indonesia (@idextratime) May 22, 2023
Erik ten Hag dikatakan lebih berminat untuk mendapatkan khidmat beliau menerusi perjanjian pinjaman, namun PSG sepertinya lebih memilih untuk menjual terus pemain sayap itu.
Laporan sama turut menyatakan yang Chelsea juga sangat berminat mahu mendapatkan Neymar, namun dek kerana mereka tidak beraksi di pentas Eropah musim hadapan, sepertinya agak sukar untuk mereka mendapatkan khidmat bintang PSG itu.