Neymar Beri Penghormatan Kepada Kobe Bryant Dengan Keraian ’24’

Dunia sukan hari ini telah dikejutkan dengan berita pemergian Kobe Bryant yang terlibat dalam nahas helikopter.

Legenda NBA berusia 41 tahun itu – dengan anaknya Gianna, bersama 7 lagi individu lain, telah meninggal dunia dalam helikopter peribadi miliknya.

Hari ini dunia memberikan penghormatan kepada Kobe Bryant yang dianggap salah seorang atlet terbaik yang pernah dilahirkan.

Di lapangan bola sepak, Neymar antara nama yang memberikan penghargaan beliau kepada Kobe Bryant.

Bintang Brazil itu telah meraikan gol beliau dengan menuju ke arah kamera dan menyatakan rasa sedihnya di atas pemergian Kobe Bryant, dengan memberikan isyarat 2 dan 4 merujuk kepada nombor ikonik dipakai oleh Bryant di dalam kariernya.

https://twitter.com/utdxtra/status/1221543484403986434

Paris St Germain menang 2-0 ke atas Lille di tempat lawan. Kedua-dua gol PSG adalah hasil daripada jaringan Neymar.

Kobe Bryant telah menjadi inspirasi kepada ramai atlet, bukan sahaja di lapangan bola keranjang malah di lapangan sukan lain, termasuk bola sepak.

Ini kerana dedikasi dan sikap kompetitif beliau di atas gelanggang membuatkan Kobe Bryant telah menjadi pemenang 5 kejuaraan NBA dan 2 pingat emas Olimpik di dalam kariernya.

Bryant menghabiskan sebahagian besar kariernya di LA Lakers.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN