UEFA telah mengenakan hukuman ke atas Neymar di atas komen jelik pemain itu ke atas pengadil. Neymar menuduh 4 pengadil di atas padang sebagai tidak tahu apa-apa ketika mereka menghadiahkan penalti kepada Man. United.
Komen ofensif ke atas pengadil itu dimuat naik oleh Neymar dalam lama instagram beliau. Neymar menulis: “Mereka meletakkan 4 orang yang tidak tahu apa-apa pasal bola sepak untuk menonton ‘slow motion’ [replay VAR].”
Neymar yang tidak bermain ketika itu berada di bangku simpanan. Neymar masih dalam proses pemulihan dariapda kecederaan.
Dan ketika itu, beliau menunjukkan reaksi marah dan kecewa selepas Man. United diberikan penalti minit akhir.
Pengadil memberikan penalti selepas bola terkena tangan Presnel Kimpembe. Marcus Rashford menyempurnakan penalti tersebut.
Man. United menang 3-1 di Parc Des Princes – sekaligus menyingkirkan PSG daripada saingan UCL. PSG ada bekala 2 gol dari Old Trafford namun masih gagal untuk melayakkan diri ke suku akhir.
UEFA mengenakan tindakan ke atas Neymar di atas kesalahan memaki hamun pengadil ataupun pegawai perlawanan. Ianya tertakluk di dalam kesalahan; Kelakuan mengutuk/mencabul pegawai perlawanan (insulting/molesting acts against match official).
Neymar charged for 'insulting and molesting acts' against referee after PSG vs Manchester Unitedhttps://t.co/3wxxGVaIGS
— Indy Football (@IndyFootball) March 22, 2019
Tarikh pendengaran untuk kes tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.