Neymar Berhadapan Hukuman Penjara Jika Bersalah Kes Penipuan

Seorang hakim di Sepanyol mengetuai siasatan terhadap Neymar yang didakwa melakukan penipuan ketika proses perpindahan beliau ke Barcelona pada 2013.

Jika didapati bersalah, Neymar bakal berhadapan dengan hukuman penjara sehingga enam tahun.

“Tempoh hukuman adalah di antara empat sehingga enam tahun,” menurut hakim, Jose Maria Vazquez Honrubia melalui satu kenyataan yang turut dihantar kepada AFP.

Selain Neymar, ayah yang juga merupakan pengurus beliau; Presiden Barcelona, Josep Maria Baetomeu dan penyandang Sanro Rosell, semua mereka menanti dakwaan berkaitan mengamalkan rasuah atas penglibatan mereka dalam perpindahan tersebut.

Fakta kes bermula ekoran aduan oleh sebuah firma pelaburan di Brazil yang dikenali sebagai DIS mengenai dakwaan rasuah dan terdapatnya unsur penipuan di dalam perpindahan Neymar dari Barcelona.

Syarikat tersebut dikatakan turut memiliki kepentingan dan hak terhadap Neymar.

FC Barcelona’s new player Brazilian Neymar da Silva Santos Junior (R) poses with Barcelona’s President Sandro Rosell at Camp Nou stadium in Barcelona, on June 3, 2013. Santos and Brazil star Neymar signed a five-year contract with Spanish giants Barcelona. AFP PHOTO/ JOSEP LAGO (Photo credit should read JOSEP LAGO/AFP/Getty Images)

Neymar menyertai Barcelona dengan nilai €57.1 juta dari Santos. Walaupun tiada butiran kewangan didedahkan oleh Barcelona atau Santos, keluarga Neymar dikatakan telah menerima bayaran sebanyak €40 juta, dan FC Santos hanya menerima sejumlah €17.1 juta.

Pada Januari 2014, pihak pendakwaraya di Madrid memulakan siasatan terhadap perpindahan tersebut selepas dokumen yang diminta oleh pihak berkuasa mengandungi informasi yang meragukan.

Rosell meletak jawatan seminggu kemudian sebelum Barcelona kemudiannya mengumumkan mereka sebenarnya membayar €86.2 juta untuk pemain bintang Brazil itu.

(Photo by Xavier Laine/Getty Images)

DIS sendiri menerima €6 juta eoro dari jumlah €17.1 juta yang diterima oleh Santos mendakwa Barcelona dan dan kelab Brazil itu cuba menyembunyikan nilai sebenar perpindahan tersebut.

Bartomeu, Rosell, Barcelona, FC, Santos bersama bekas presiden,Odilio Rodrigues Filho, kini harus tampil menjawab dakwaan tersebut di mahkamah.

Disebabkan jumlah hukuman penjara melibatkan tempoh melebihi lima tahun, tiga hakkim akan ditugaskan untuk mendengar kes tersebut di mahkamah tinggi Sepanyol.

Kesalahan tersebut juga dianggap sebagai jenayah antarabangsa dan jatuh di atas bidang kuasa mahkamah di Sepanyol.

Tidak dapat dipastikan sama ada Neymar akan menerima hukuman penjara atau tidak atas penglibatan pemain itu. Namun pada Mei 2017, pihak berkuasa berkata Neymar harus didakwa. Sehingga kini belum ada tarikh yang telah ditetapkan untuk perbicaraan.

Undang-undang Sepanyol menetapkan hukuman penjara dua tahun boleh dikecualikan dari dipenjara dengan hukuman tertangguh sehingga perkara sama berulang.

Di dalam kes ini, Neymar dan semua pihak yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam tahun, sekaligus bermakna tiada pengecualian dibenarkan jika didapati bersalah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN