Neymar Bergaduh Dengan Semedo Ketika Di Sesi Latihan Pra Musim

Gempar apabila Neymar bergaduh dengan Nelson Semedo ketika sesi latihan pra musim. Video tersebut telah disebarkan oleh Daily Mail.

Berita ini menguatkan lagi spekulasi bahawa pemain ini mahu meninggkan Barcelona untuk menyertai PSG.

Sepanjang 2 minggu kebelakangan ini, berita perpindahan Neymar ke PSG menjadi bualan hangat. Beberapa hari lalu, Pique memberikan mesej kepada penyokong Barca yang beliau yakin Neymar akan kekal.

Pergaduhan itu berlaku ketika pasukan Barcelona mengadakan latihan di padang kecil di Miami. Mereka bermain bola sepak dalam 2 pasukan.

Semedo dan Neymar bertembung. Bintang Brazil itu bengang dan memberikan reaksi marah beliau ke atas Semedo.

Mascherano menenangkan keadaan dan Semedo kembali bersedia untuk memulakan perlawanan semula. Namun Neymar terus menunjukkan rasa tidak puas hati beliau.

Neymar cuba meluru ke arah Semedo namun ditarik Busquet. Neymar membuka dan membaling bibs dan meninggalkan sesi latihan. Pengurus, Ernesto Valverde hanya mampu memerhatikan Neymar.

Neymar menyepak bola sambil berjalan keluar ditemani dan ditenangkan beberapa staf kejurulatihan. Neymar terus masuk ke kereta, dan sesi latihan diteruskan tanpa beliau.

https://youtu.be/mg_nCI7ddZE

Ia tamparan hebat untuk Barcelona yang menyediakan pasukan menentang Real Madrid esok dalam perlawanan pra musim. Pada masa yang sama, Barcelona masih berusaha meyakinkan Neymar untuk kekal.

Sebelum ini Neymar dilaporkan bengang kerana Barcelona menghalang beliau terbang terus dari Brazil ke China untuk urusan peribadi. Ada syarikat dari China mahu membincangkan tajaan dengan Neymar. Namun Barcelona melarang kerana Neymar dalam tugasan pra musim.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN