Neymar Yakin Barca Mampu Bangkit Sekali Lagi Menentang Juventus

Neymar yakin Barcelona boleh melengkapkan satu lagi kebangkitan yang luar biasa dalam separuh akhir kedua UCL menentang Juventus di Camp Nou.

Barca ada defisit 3 gol untuk dikejar menjelang perlawanan kedua Rabu di Camp Nou pada Rabu ini.

Barcelona sebelum ini telah melakukan kebangkitan luar biasa dalam sejarah UCL apabila berjaya mengatasi defisit 4 gol dari perlawanan pertama menentang PSG.

Kata-kata semangat Neymar di dalam Instagram yang berbunyi: ‘1% Kebarangkalian, 99% Kepercayaan (Faith) telah dijadikan poster oleh Nike di sebuah lorong di Barcelona.

Ianya selepas mereka menang 6-1 ke atas PSG di Camp Nou. Oleh itu, bintang Brazil itu yakin, dengan kesungguhan yang tinggi mereka mampu untuk melakukan apa sahaja.

Bercakap kepada Canal Esporte Interativo Neymar berkata:

“Kami perlu ada keyakinan dalam diri kami untuk melakukan keajaiban itu sekali lagi.”

“Kami mungkin boleh berada di belakang mana-mana pasukan. Tetapi di Barcelona, kami tetap sama seperti kami selama ini. Kami sentiasa mampu melakukan apa sahaja.”

“Jika semua perancangan kami berjalan lancar di atas padang, saya yakin, kebangkitan itu akan mampu berlaku dengan potensi dan kualiti pasukan yang kami miliki.”

“Juventus adalah pasukan yang hebat, mereka bermain sangat baik dan berstruktur. Jadi ia memang tugas yang sangat sukar untuk mengtasi defisit tersebut.”

Baca juga: Saul Niguez: “Saya Perjudikan Kesihatan Diri Sendiri Demi Atletico Madrid”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN