Pemain bintang Brazil dan Paris Saint-Germain (PSG) dengan label pemain termahal dunia, Neymar menegaskan bahawa beliau ingin beraksi di bawah kendalian pengurus Manchester City, Pep Guardiola satu hari nanti.
Neymar menyertai PSG dengan tanda harga rekod dunia bernilai €222 juta pada jendela perpindahan musim panas tahun lalu dari Barcelona.
Neymar sebelum itu tiba di Nou Camp, selepas 12 bulan meninggalkan gergasi Catalan itu pada 2012 untuk berehat sebelum memutuskan untuk menyertai Bayern Munich pada tahun berikutnya.
Ini bukan kali pertama pemain berusia 22 tahun ini melahirkan hasrat sebegitu. Pada 2016, Neymar turut pernah berkata:
“Guardiola adalah seseorang yang saya amat minati dalam bola sepak. Sudah tentu saya mahu bekerja bersama beliau.” Dan kali ini, bekas penyerang Santos ini mengulangi apa yang pernah dikatakannya.
“Saya sentiasa mahu bekerja bersama Guardiola. Beliau adalah jurulatih yang istimewa. Saya tiba di Barcelona setelah setahun beliau meninggalkan kelab tersebut. Ia adalah impian saya untuk bekerja di bawah kendalian Guardiola,” ujar Neymar kepada ESPN Brazil ketika ditemuramah oleh bekas pemain tengah negara berkenaan, Alex.
Bagaimanapun, berapakah kemungkinan untuk Neymar bakal ke Etihad pada musim panas akan datang? Perlukah City mendapatkan Neymar? Atau mampukah City berbelanja untuk mendapatkan pemain termahal dunia itu?
Manchester City mungkin mempunyai sokongan kewangan yang kuat. Oleh itu, wang mungkin bukan satu masalah buat kelab berkenaan.
Namun dengan deretan pemain penyerang yang bermain dengan sangat baik sebagai satu unit, agak sukar untuk melihat Guardiola berminat untuk mendapatkan Neymar.
Berada di dalam senarai skuad milik Guardiola di Etihad ialah Leroy Sane, Raheem Sterling, Kevin de Bruyne, David Silva, dan Bernardo Silva. Ini adalah senarai pemain yang turut boleh beraksi di posisi yang sama dengan Neymar.
City turut dikaitkan dengan pemain sayap Leicester City, Riyad Mahrez pada minggu ini oleh media di Britain.