Menjelang kejohanan Piala Dunia yang akan bermula dalam masa 15 hari lagi, bintang Brazil, Neymar mengesahkan beliau belum cergas 100 peratus selepas pembedahan tulang kaki kanan yang retak.
“Saya belum 100 peratus cergas. Hanya masa akan menentukan. Saya masih takut untuk memberikan segala-galanya namun masih ada beberapa hari sebelum bermula,” katanya.
“Pastinya akan mengambil masa untuk kebimbangan ini hilang tetapi saya sudah bersedia untuk bermain. Tiada apa akan menghalang saya,” kata Neymar beberapa jam sebelum penerbangan ke London di mana pasukannya akan meneruskan persediaan ke Piala Dunia.
Neymar will be ready. pic.twitter.com/xuacqtjCig
— B/R Football (@brfootball) May 28, 2018
Pemain termahal dunia itu tidak beraksi sejak mengalami kecederaan pada perlawanan liga Perancis menentang Marseille 25 Februari lalu, namun Neymar dilihat berlatih sejak 10 hari lalu dan menyertai kem persediaan pasukan kebangsaan di Teresopolis minggu ini.
“Secara fizikalnya, saya rasa baik. Kaki saya baik. Sudah tentulah saya akan sesuaikan diri terhadap perkara tertentu. Saya rasa agak kurang selesa tetapi ia tidak akan menghalang saya daripada bermain,” katanya.
A worrying sight for Switzerland, Costa Rica & Serbia. Neymar appearing relaxed & confident following his injury, at the #thfc training centre ☀️🇧🇷 pic.twitter.com/0EjCsVmqk0
— Paul Gilmour (@skysportspaulg) May 28, 2018
Pemain berusia 26 tahun itu turut mengenang kembali pengalaman Piala Dunia 2014 di laman sendiri yang mengecewakan, kecederaan belakang yang menyebabkannya tidak dapat beraksi dan menyebabkan Brazil tewas 1-7 pada separuh akhir.
“Satu impian beraksi dalam satu lagi Piala Dunia, impian yang saya harap tidak akan diganggu lagi,” katanya.
Brazil akan beraksi dalam dua perlawanan pemanas badan sebelum bertandang ke Russia, dengan perlawanan persahabatan menentang Croatia di Anfield pada 3 Jun sebelum berdepan Austria pada 10 Jun.
Juara dunia lima kali itu akan memulakan kempen Kumpulan E menentang Switzerland pada 17 Jun di Rostov-on-Don. Brazil kemudiannya berdepan Costa Rica pada 22 Jun di Saint Petersburg dan Serbia di Moscow pada 27 Jun.