Newcastle United Haramkan Bersalam Akibat Covid-19

Kelab Premier League, Newcastle United telah mengharamkan perbuatan bersalam-salaman di padang latihan mereka akibat kerisauan mengenai wabak penyakit Covid-19 yang melanda dunia ketika ini.

Menurut laman BBC Sport, pengurus pasukan iaitu Steve Bruce tindakan tersebut dilakukan atas nasihat doktor yang tidak mahu jangkitan itu akan diteruskan penyebarannya di Newcastle United.

“Ada ritual di mana semua orang bersalaman sesama sendiri apabila bertemu di setiap pagi. Kita tamatkan perbuatan tersebut atas nasihat doktor.”

“Syukur apabila kami mempunyai doktor yang cukup cemerlang dan sentiasa ingatkan kami apa yang perlu nak dibuat dan berikan info-info terkini.”

Setakat ini di UK telah terdapat 19 kes Covid-19 direkodkan dengan kerajaan mereka telah memberikan garis panduan untuk mencegah wabak itu dari terus merebak di negara tersebut.

“Kami juga seperti orang lain, duduk melekat di hadapan televisyen untuk mengetahui perkembangan seterusnya dan berharap ianya tidak akan menjadi lebih teruk di negara ini.”

Selain Newcastle United, Arsenal dan juga Everton turut mengambil beberapa langkah berjaga-jaga dalam menghadapi Covid-19.

Arsenal melakukan pemeriksaan tambahan kepada pengamal media yang hadir ke padang latihan mereka sementara Everton sentiasa memberikan info terkini kepada semua staf mereka mengenai wabak tersebut.

Leave a Reply

Bacaan Yang Disyorkan Untuk Anda