RASMI: Newcastle United Dapatkan Bintang Atlanta United Miguel Almiron

Selepas berasa kabur dengan situasi kelab sama ada mereka akan membeli pemain baharu atau tidak, Rafael Benitez mampu menarik nafas lega apabila pasukannya kini aktif di jendela perpindahan.

Terbaharu, mereka berjaya mendapatkan pemain bintang kelab Major League Soccer iaitu Miguel Almiron dari Atlanta United.

Menurut laman rasmi Newcastle United, mereka telah mendapatkan Almiron dengan rekod perpindahan tertinggi dalam sejarah kelab.

Ianya memecahkan rekod 14 tahun yang dipegang Michael Owen yang sebelum ini merupakan pemain termahal dibeli kelab Tyneside itu.

Almiron mengikat kontrak jangka panjang bersama Newcastle United iaitu selama 5 tahun setengah.

Pemain kebangsaan Paraguay ini hadir dengan reputasi besar, hal ini kerana beliau dianggap legenda bagi peminat Atlanta United.

Almiron juga merupakan nadi utama Altanta United dalam musim pertama mereka di MLS yang menyaksikan mereka muncul juara pada percubaan pertama.

Bercakap kepada media rasmi kelab, Almiron mengakui faktor Benitez merupakan sebab mengapa beliau memilih untuk mencabar dirinya di Premier League.

“Saya sangat gembira dan tak sabar untuk bertemu rakan sepasukan saya di sini.”

“Premier League merupakan liga yang sangat kompetitif dan Newcastle United merupakan kelab yang cukup bersejarah.”

“Rafael Benitez merupakan sebab utama kenapa saya berada di sini sekarang.”

Almiron jelas tidak sabar untuk membalas semula kepercayaan yang diberikan oleh kelab terhadapnya kelak.

“Saya rasa ini merupakan satu tanggungjawab yang besar, dan ianya indah buat saya.”

“Saya akan berusaha untuk berikan yang terbaik untuk balas kepercayaan yang diberikan kelab kepada saya.”

Almiron bakal menyarung jersi bernombor 24 – jersi yang pernah disarung oleh Chieck Tiote.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN