Sebelum perlawanan ini, Rafa Benitez menyatakan misi utama mereka adalah melepasi angka 40 mata yang dianggap angka ajaib (magic number) untuk kekal dalam EPL.
Newcastle kini sudah mengumpul 41 mata selepas kemenangan 2-1 ke atas pasukan Arsenal. Arsenal terus bergelut dengan rekod di tempat lawan musim ini.
Pierre Emerick Aubameyang dan Lacazette bergandingan untuk meletakkan Arsenal di hadapan pada minit ke-14. Namun begitu, Ayoze Perez menyamakan kedudukan pada minit ke-29.
Calum Chambers sepatutnya meletakkan Arsenal di hadapan pada akhir babak separuh masa pertama. Namun tolakan beliau tersasar.
Arsenal tersentak dengan jaringan Ritchie pada minit ke-67. Dan ia adalah jaringan kemenangan Newcastle yang gagal dibalas oleh Arsenal.
Kenedy hampir meletakkan Newcastle 2 gol dihadapan tetapi percubaan beliau terkena palang.
Newcastle berjaya bertahan dengan baik untuk memastikan 3 mata tidak terlepas dari genggaman.
Arsenal menguasai perlawanan lebih 70% denga 15 percubaan ke arah gol namun hanya 3 sahaja yang tepat. Newcastle yang hanya ada 8 percubaan berjaya melakukan 4 percubaan tepat.
Ini merupakan kekalahan ke-9 Arsenal di tempat lawan musim ini. Dan ini kali pertama Arsenal tewas 5 perlawanan EPL berturut-turut di tempat lawan.
Arsenal away in the PL this season:
❌ 0-1 Stoke
❌ 0-4 Liverpool
🤝 0-0 Chelsea
❌ 1-2 Watford
✅ 2-5 Everton
❌ 1-3 Man City
❌ 0-1 Burnley
🤝 1-1 Saints
🤝 0-0 West Ham
✅ 3-2 Palace
🤝 1-1 WBA
❌ 1-2 Bournemouth
❌ 1-3 Swansea
❌ 0-1 Spurs
❌ 1-2 Brighton
❌ 1-2 Newcastle pic.twitter.com/LqUwmRVm4R— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) April 15, 2018
Dan lebih perit, Arsenal masih tidak mengumpul sebarang mata dari tempat lawan dalam EPL pada 2018.