Suasana meriah di St. James’ Park setelah sekian lama kita tidak menyaksikan atmosfera di stadium legenda ini.
Newcastle kembali semula ke EPL. Mereka menentang naib juara EPL musim lalu Tottenham Hotspurs. Di kesebelasan utama Spurs ada Moussa Sissoko.
Setiap kali Moussa Sissoko menyentuh bola setiap kali itulah stadium bergema dengan boo.
Peminat di Newcastle masih kecewa dengan pemain yang meminta untuk dilepaskan ke Spurs, sedangkan beberapa hari sebelum itu beliau memberikan komitmen untuk kekal. Perlawanan separuh masa pertama berakhir dengan 0-0.
Bersambung babak kedua, hanya 3 minit, Jonjo Shelvey telah memijak Dele Alli selepas dia kecewa kerana Alli menyepak bola. Shelvey mahu memulakan semula perlawanan dengan segera.
Tindakan bodoh Shelvey itu membuatkan dia dilayangkan kad merah kerana ia kesalahan ‘stamping’.
Tidak lama selepas itu, Dele Alli menjaringkan gol pembukaan untuk Spurs. Satu larian tanpa bola yang baik dari Alli yang menyambut hantaran diogonal di half-space oleh Eriksen.
Tidak sampai sepuluh minit selepas itu, Ben Davies menjaringkan gol kedua Spurs pada minit ke-70. Ianya adalah jaringan peribadi kedua beliau untuk Spurs dalam karier.
Tamat perlawanan, Spurs menang 0-2 dan gembira untuk membawa pulang 3 mata dari lubuk keramat Newcastle United.