Newcastle Pinjam Nabil Bentaleb

Pemain tengah Algeria, Nabil Bentaleb telah menyertai Newcastle United secara pinjaman dari kelab Jerman Schalke 04 sehingga hujung musim ini. Butir perjanjian juga mencatatkan The Magpies boleh mendapatkan pemain tersebut secara tetap selepas tempoh pinjaman berakhir dengan nilai perpindahan yang dianggarkan £8.5 juta.

Bentaleb tidak pernah bermain untuk kelab Bundesliga itu pada musim ini selepas diarahkan untuk berlatih bersama pasukan simpanan sejak April lepas disebabkan masalah disiplin. Masalah kecederaan lutut yang dialaminya turut menjadi punca beliau terus diketepikan oleh pasukan tersebut.

Pengendali Newcastle, Steve Bruce percaya pemain itu tiada masalah dengan corak permainan di Liga Inggeris kerana telah berpengalaman bersama Tottenham Hotspur sebelum ini.

“Dia adalah pemain yang saya sering berikan perhatian ketika bermain untuk Spurs sebelum beliau berpindah ke Jerman. Dia telah bermain di peringkat tertinggi dalam tempoh empat atau lima tahun ini. Sudah tentu dia dahaga untuk meraih kejayaan dan mahu buktikan kemampuannya.

“Dia ada pengalaman dan saya percaya orang ramai tidak sabar untuk melihatnya kembali beraksi di liga ini. Faktanya dia pernah bermain di EPL sebelum ini, jadi sudah tentu ia banyak membantu kerana kita tahu dia boleh beraksi dengan baik.

“Semasa di Schalke, dia juga pernah bermain di saingan Liga Juara-Juara Eropah dan kami berbesar hati apabila berjaya mendapatkannya,” ujar Bruce kepada Sky Sports.

Bentaleb dalam kenyataannya di akaun Twitter menjelaskan beliau gembira dapat kembali ke kancah EPL dan cukup teruja untuk menyarung jersi hitam putih yang menjadi identiti kelab yang mempunyai sejarah hebat itu.

Beliau membuat 66 penampilan untuk Spurs sebelum dipinjamkan ke Schalke pada 2016 dan menyertai kelab tersebut secara tetap pada tahun berikutnya. Bersama Schalke, beliau bermain 97 perlawanan dan menjaringkan 19 gol dalam semua pertandingan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN