Analisis: Newcastle Berpeluang Juara, Birmingham, Forest Dan Blackburn Bertarung Penyingkiran

Liga Inggeris sentiasa menghidangkan aura debaran pada hari terakhir liga. Daripada debaran menjadi juara, kelayakan play-off sehinggalah penyingkiran divisyen, hampir setiap musim perkara itu sering berlaku.

Persaingan merebut juara liga: Newcastle atau Brighton.

Kedua-dua kelab ini dipisahkan dengan 1 mata. Ye cuma 1 mata selepas Brighton tersadung dengan 2 kekalahan daripada 2 perlawanan terakhir mereka di tangan Norwich dan Bristol City.

Sebelum ini mereka meninggalkan Newcastle 7 mata dalam baki 4 perlawanan lagi. Siapa sangka Newcastle kembali dijemput oleh Brighton untuk bersaing mendapat kejuaraan itu pada perlawanan terakhir.

Adakah trofi Old Lady akan dijulang di St. James Park atau Villa Park?

Newcastle akan menjadi hos menentang Barnsley manakala Brighton akan menjadi pelawat kepada Aston Villa. Namun begitu, kedua-dua kelab ini sudah sah akan ke Premier League musim hadapan.

Persaingan slot play-off sudah tertutup

Sebelum itu, Reading, Sheffield Wednesday dan Huddersfield Town sudah menempatkan diri dalam saingan play-off. Tumpuan terarah antara Fulham dan Leeds United.

Fulham akan ke Hillsborough untuk bertemu Sheffield Wednesday. Leeds United juga menjadi pelawat kepada Wigan Athletic.

Fulham berada di tangga ke-6 manakala Leeds berada di tangga ke-7. Kedua-dua kelab ini dipisahkan dengan 3 mata.

Sekiranya Fulham meraih minimum 1 mata, Fulham akan layak ke play-off. Leeds perlu menewaskan Wigan dengan 14 gol tanpa balas dan Fulham kalah bagi menyingkirkan kelab London itu.

Tetapi ia mustahil.

Misi menjaga status

Keistimewaaan bermain dalam Championship amatlah banyak. Selain hak penyiaran TV yang cukup tinggi, tiket ‘bye’ pusingan ketiga Piala FA sudah pasti untuk kelab Divisyen Dua Inggeris.

Malah, kelab yang turun League One akan beraksi dalam saingan EFL Checkatrade Trophy.

Wigan Athletic dan Rotherham United sudah ditunjuk arah ke League One musim depan. Slot terakhir penyingkiran kini mempunyai 3 calon iaitu Birmingham, Blackburn dan Forest.

Birmingham City di tangga ke-20 akan ke Bristol City manakala Nottingham Forest di tangga ke-21 akan menentang Ipswich Town di City Ground. Blackburn Rovers pula ke London untuk bertemu Brentford.

Rovers kini berada di tangga ke-22. Birmingham kini mengutip 50 mata selepas 45 perlawanan.

Forest dan Rovers berkongsi  48 mata tetapi dipisahkan kutipan defisit gol. Forest mempunyai -13 manakala Rovers mempunyai -14 defisit gol.

Siapakah yang akan lolos lantas dihumban ke League One? Kita akan menunggu keputusan selepas tiupan wisel terakhir di tiga venue yang di mana ketiga-tiga kelab tersebut beradu tenaga.

Persaingan kasut emas

Tammy Abraham, pemain muda Chelsea yang baru berusia 19 tahun, dipinjamkan ke Bristol City sudah menjaringkan 23 gol musim ini.

Ianya dibezakan 3 gol daripada Chris Wood (Leeds). Siapa tahu, jika Tammy melakukan hatrik dan Woods gagal menjaringkan gol, kasut emas akan dikongsi 2 pemain.

LONDON, ENGLAND – SEPTEMBER 21: Tammy Abraham of Bristol City celebrates scoring his sides second goal during the EFL Cup Third Round match between Fulham and Bristol City at Craven Cottage on September 21, 2016 in London, England. (Photo by Paul Gilham/Getty Images)

Dwight Gayle (Newcastle) dan Glenn Murray (Brighton) kini dengan 22 gol.

Perlawanan lain

Berikut merupakan baki perlawanan terakhir EFL Championship 2016-17.

Burton Albion lwn Reading,

Huddersfield Town lwn Cardiff City,

Norwich City lwn Queens Park Rangers

Rotherham United lwn Derby County

Wolverhampton Wanderers lwn Preston North End

Jadi, persaingan Liga Championship musim ini penuh dengan drama dan persaingan sehingga perlawanan terakhir.

Baca juga: Highlight: Real Madrid 3 Atletico 0, Ronaldo Ledak Hatrik

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN