New Balance Bertindak Balas Atas Saman Marouane Fellaini

Syarikat jenama produk sukan terkemuka New Balance berkata, mereka akan mempertahankan diri sebaik mungkin daripada saman yang difailkan oleh pemain tengah antarabangsa Belgium dan Manchester United, Marouane Fellaini.

Fellaini dikatakan memfailkan saman terhadap pengeluar produk sukan tersebut selepas mendakwa kasut but yang dibekalkan oleh syarikat tersebut menjadi faktor kecederaan pada kakinya.

( Photo by Nico Vereecken / Photonews via Getty Images)

Sebelum ini sebuah tabloid di UK, The Sun melaporkan Fellaini telah memfailkan saman dan tuntutan perundangan di Mahkamah Tinggi London.

Warrior Sports membekalkan kasut but untuk kegunaan pemain itu sebagai sebahagian daripada tajaan syarikat tersebut. Namun Fellaini mendakwa kasut but berkenaan tidak selesa dan turut memberi kesan kepada prestasi permainannya.

Untuk pengetahuan pembaca kami, kasut but jenama Warrior yang digunakan oleh Fellaini adalah keluaran anak syarikat kepada New Balance iaitu Warrior Sports.

(Photo by Jeff Holmes/PA Images via Getty Images)

Pemain antarabangsa Belgium itu turut menuntut sejumlah £2.1 juta sebagai ganti rugi atas kesukaran dan kecederaan yang dialaminya.

Fellaini menandatangani perjanjian dengan New Balance ketika masih bersama Everton. Beliau mendakwa kasut but tajaan syarikat tersebut terpaksa distim dan diregangkan oleh kakitangan peralatan kelab sebelum ianya boleh digunakan untuk beraksi.

Perkara tersebut turut pernah dibawa ke pengetahuan New Balance untuk tindakan susulan, namun tiada tindakan sewajarnya daripada syarikat tersebut walaupun sudah berulang kali berbuat demikian.

(Pic by David Rawcliffe/Propaganda)

Namun New Balance menafikan dakwaan Fellaini itu. Syarikat tersebut mendakwa mereka mendapat maklum balas yang menyatakan Fellaini gembira dengan kasut but yang dibekalkan.

Dalam satu kenyataan yang diberikan kepada ESPN pada Isnin lalu, pihak syarikat yakin mereka telah bertindak sewajarnya terhadap dakwaan dan saman yang difailkan oleh Fellaini.

Kenyataan dari New Balance itu berkata:

“Walaupun kami tidak boleh membuat sebarang komen terhadap proses pengadilan yang sedang berjalan, New Balance boleh mengesahkan bahawa pihak syarikat akan mempertahankan diri sebaik mungkin.

“Ini adalah penting untuk rekod baik dan kualiti pengeluaran oleh pihak syarikat selama ini yang sudah terbukti telah memenuhi kehendak dan keperluan atlet dari seluruh dunia.”

(Photo by Gareth Copley/Getty Images)

Setakat ini ESPN belum lagi menerima sebarang maklum balas dari wakil perundangan yang mewakili Fellaini walaupun telah diminta mengenai respon mereka terhadap kenyataan terbaru dari New Balance ini.

Fellaini baru sahaja kembali beraksi ketika menentang Chelsea pada hujung minggu lalu selepas terlepas 6 perlawanan untuk Manchester United akibat kecederaan ligamen lutut ketika mewakili Belgium pada bulan lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN