New Balance Heret Liverpool Ke Mahkamah

Syarikat pengeluar barangan sukan terkemuka Amerika Syarikat, New Balance dikatakan mahu mengheret Liverpool ke mahkamah selepas juara eropah enam kali itu dikatakan akan mengumumkan perjanjian baharu tajaan bersama Nike.

Seorang jurucakap Liverpool ketika dihubungi oleh Sky Sports mengesahkan perkara tersebut dan berkata:

“Kami mengesahkan pembekal jersi kami, New Balance, telah membawa Liverpool untuk prosiding perundangan ke mahkamah.”

Liverpool memiliki kontrak bernilai £45 juta setahun bersama New Balance sejak enam tahun yang lalu, dan perjanjian diantara kedua-duanya akan tamat pada penghujung musim ini.

Nilai £45 juta setahun itu adalah jumlah tajaan tertinggi yang pernah diterima Liverpool sebelum tawaran oleh Nike.

Kelab Merseyside itu dikatakan semakin hampir untuk bersetuju dengan tawaran kontrak baharu bernilai £70 juta semusim bersama sebuah lagi syarikan sukan terkemuka dari Amerika Syarikat, iaitu Nike.

Ini menjadikan tawaran dari Nike tersebut adalah yang paling tinggi akan dimaterai di dalam sejarah kelab tersebut.

Namun demikian New Balance mendakwa kontrak mereka bersama Liverpool mempunyai klausa yang membenarkan mereka menandingi sebarang tawaran dari syarikat pengeluar lain, apabila kontrak mereka hampir tamat.

New Balance mendakwa Liverpool tidak mengendahkan klausa tersebut ketika melakukan rundingan bersama Nike.

Oleh kerana itu, New Balance telah membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi untuk memaksa Liverpool menerima tajaan jersi sekurang-kurangnya sehingga ke akhir musim ini.

Dalam satu kenyataa kepada portal The Athletic, New Balance dipetik sebagai berkata:

“New Balance amat berbangga tampil sebagai penaja utama jersi kelab bola sepak Liverpool.

“Sejak 2011, ketika kami memberikan nilai rekod tajaan kepada kelab ini, kami telah dua kali mencapai angka jualan baharu untuk jersi di tempat sendiri untuk [jualan] penyokong Liverpool. Dan kami akan terus berusaha untuk melakukan perkara yang sama sesuai dengan pencapaian kelab yang semakin meningkat.

“Sebagai penaja yang komited sejak dari dahulu, kami yakin untuk meneruskan tajaan bersama Liverpool FC dan juga untuk memperbaharui perjanjian secara bersama pada 2020.

“Berdasarkan kontrak terdahulu, kami juga telah menyamai kontrak yang ditawarkan oleh Nike.

“Sebagai sebahagian daripada proses untuk menyambung kontrak, LFC telah mempersoalkan elemen di dalam kontrak bersama kami. Oleh kerana itu, kami memohon agar perkara ini dirujuk kepada mahkamah agar ianya menjadi jelas.

“Pihak kami dan juga kelab [Liverpool] yakin untuk menyelesaikan isu kontrak ini secepat mungkin dan kedua-dua pihak telah bersetuju agar proses ini dilakukan segera di mahkamah.”

Di dalam kes ini, Liverpool tetap akan muncul pemenang apabila bakal menerima jumlah tajaan tertinggi dari segi tajaan jersi walaupun sekiranya mereka terpaksa akur dengan kontrak yang terkandung bersama New Balance sebelum ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN