Neville Yakin Man Utd Kendalian Solksjaer Mampu Julang EPL Sebelum Liverpool

Bukan perkara menghairankan jika terdapat bekas pemain yang sentiasa berada di belakang kelab. Walaupun sudah tidak bergelar pemain, kepercayaan mereka terhadap kelab kekal tinggi – walaupun ada kalanya, tampak lantang dalam kritikan.

Semua itu kerana sayang. Namun komen dan kepercayaan Gary Neville terhadap Manchester United kali ini agak luar biasa.

Bekas bek kanan Manchester United itu yang kini merupakan pengulas bersama Sky Sports berkata beliau percaya Manchester United mampu bergelar juara Liga Perdana Inggeris sebelum Liverpool memenanginya sejak 30 tahun yang lalu.

Jika prestasi semasa kedua-dua pasukan pada musim lalu dijadikan perkiraan, perkara itu agak tidak masuk akal. Namun Neville mempunyai sebab tersendiri untuk percaya ianya sedemikian rupa.

Tidak jauh ketinggalan

Ini kerana walaupun skuad Red Devils mengakhiri musim di tangga ke-6 pada musim lalu, dan Liverpool pula hanya dibezakan dengan satu mata di belakang Manchester City, bekas pengendali Valencia ini percaya United sebenarnya tidak jauh ketinggalan berbanding ramai fikirkan.

Bagi Neville, United sememangnya tampak bergelut dengan prestasi sejak beberapa musim lalu. Namun ketibaan Ole Gunnar Solksjaer membuatkan Neville optimis terhadap masa depan kelab paling berjaya di England itu.

“Saya tidak duduk di sini sebagai seorang penyokong United dan berpendapat dunia sudah berakhir. Saya melihat ia sebagai satu pusingan.

“18 tahun pertama sepanjang kehidupan saya, saya tidak pernah melihat kejuaraan liga menjadi milik Manchester United. Dan kemudian tempoh 20 sehingga 25 tahun yang amat berjaya. Ia ibarat syurga.

“Keadaan sekarang semakin sukar. Ia tidak menghiraukan saya kerana ia boleh dibaiki dengan kehadiran wang, dan beberapa keputusan tepat dari pihak pengurusan, terutama dari aspek pengambilan pemain.

Solskjaer jadi taruhan

“Apa yang saya cuba katakan ialah Liverpool, City, dan Tottenham mempunyai polisi pengambilan pemain yang teruk untuk tempoh 25 sehingga 30 tahun sebelum ini. Inilah yang dilalui oleh United pada hari ini.

“Ketika ini mereka [Manchester United] kelihatan terhalang oleh sistem pengambilan pemain yang tepat, dan juga oleh mereka yang bertanggungjawab membawa masuk pemain. Mereka akan mendapatkan pengurus yang baik – dengan harapan ianya adalah Ole – dan mereka akan kembali ke landasan kejayaan. Itu akan berlaku,” laung Neville dengan penuh yakin.

(Photo by Manchester United/Manchester United via Getty Images)

“Saya boleh beri jaminan seperti langit yang cerah. Manchester United akan bangkit untuk kembali memenangi kejuaraan. Malah mereka berkemungkinan akan menang sebelum Liverpool melakukannya. Itu pendapat saya.

“Saya tidak bermaksud untuk tidak menghormati mereka [Liverpool], tetapi ia kekal satu kemungkinan Manchester United akan kembali bergelar juara sebelum Liverpool.”

Liverpool kuasa Eropah

Kenyataan daripada Neville ini tiba setelah Liverpool menewaskan Chelsea pada awal pagi tadi di perlawanan UEFA Super Cup.

Neville bagaimanapun mengakui Liverpool adalah pasukan yang lebih dominan di Eropah dan percaya kelab Merseyside itu akan terus membuktikan diri di pentas tersebut pada masa akan datang.

Walaupun mengakui kehebatan Liverpool di Eropah, Neville percaya United lebih hampir kepada kejayaan di peringkat domestik.

Walaupun dengan pujian daripada Neville itu, Solskjaer bertegas ada banyak lagi perkara yang perlu dilakukan untuk bersaing dengan pasukan seperti Liverpool dan Manchester City.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN