Bekas kapten Manchester United, Gary Neville menyifatkan aksi Paul Pogba pada awal pagi tadi sebagai ‘jenaka’ (joke). Man. United menang 2-3 di Selhurst Park selepas ketinggalan 2-0.
Jaringan voli pada masa kecederaan oleh Matic memberikan kemenangan berharga untuk Manchester United selepas aksi permulaan separuh masa pertama yang teruk.
Mengulas tentang aksi Pogba dalam perlawanan ini, Neville berkata:
“Pogba hari ini jauh daripada apa yang kita katakan cukup bagus. Punca pertama gol Palace adalah Paul Pogba.”
“Kekuatan utama Pogba adalah, bermain dengan bebas di dalam padang. Namun kelemahan utama beliau adalah ketika bermain bergandingan dengan rakan beliau (dalam unit).”
Gary Neville kemudian menyatakan pemain itu mahu melakukan apa sahaja di dalam padang untuk tontonan di YouTube dan video Instagram.
Neville mengibaratkan pemain itu kadangkala terlalu ‘fancy’ dan ‘control macho’ di dalam padang. Sama seperti apa yang beliau selalu lakukan di dalam padang dan dimuat naik di dalam platform sosial.
“Ianya seperti, apa sahaja yang dia buat adalah untuk tatapan di YouTube ataupun video Instagram.”
“Dalam erti kata lain, dia tak serius, daripada cara dia buat semua ini, seperti semua ini adalah satu perkara main-main untuk dia.”
Gary Neville juga mengingatkan bahawa pemain itu tiada imuniti dalam pengurusan Mourinho.
Sebelum ini jurulatih United itu tidak pernah mengambil kira status bintang, harga atau gaji seminggu mana-mana pemain jika beliau mahu menyisihkan mereka.
Beliau juga merasakan Pogba terlalu suka membuat hantaran Hollywood (Hollywood pass) dalam keadaan tak sesuai. Beliau menambah
“Tak hairanlah Jose Mourinho menyisihkan dia beberapa minggu sebelum ini.”