Neville: Ed Woodward Patut Dipecat!

Bekas pertahanan Manchester United, Gary Neville menegaskan, Manchester United seharusnya memecat Ketua Pegawai Eksekutif, Ed Woodward yang dilihat gagal membawa masuk pemain yang diperlukan sekalipun menjadi salah satu pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang merekodkan jumlah perbelanjaan yang besar.

United kemarau kejuaraan EPL sejak 2013 – tahun terakhir Sir Alex Ferguson sebagai pengurus sebelum bersara – sekalipun telah pun membelanjakan hampir £1 bilion sepanjang tempoh tersebut dan kelab berkenaan sehingga hari ini masih belum mewujudkan jawatan pengarah bola sepak yang ditugaskan untuk mengenal pasti rekrut yang tepat.

“Saya tidak boleh mengubah tentang hak pemilikan kelab, tiada siapa yang boleh. Saya susah nak faham kenapa pemilik kelab masih meletakkan kepercayaan bulat-bulat kepada pihak pengurusan yang jelas gagal membina pasukan yang mampu untuk menjuarai liga sejak pemergian Sir Alex.

“Saya melihat statistik dua minggu lepas di mana United mempunyai bil gaji kedua tertinggi di dunia dan itulah skuad yang mereka mereka. Ianya tak boleh dimaafkan.

“Saya tak percaya dengan pelaburan yang telah kamu buat dalam tempoh lima, enam, tujuh tahun ini, apa yang kamu dapat sekarang?” soal Neville.

Sejak 2013, hanya dua kali sahaja United menamatkan saingan EPL di kedudukan empat teratas dan dengan kekalahan 2-0 kepada Liverpool tempoh hari, skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu kini lima mata di belakang Chelsea di tempat keempat.

https://twitter.com/Awbmasterclass/status/1219396645013639174?s=20

“Jika kamu tidak dibuang kerja dengan hasil kerja yang teruk, dengan pelaburan yang merugikan, dengan bil gaji yang sebegitu tinggi dan meletakkan pasukan dalam keadaan tidak stabil, saya boleh cakap ianya ternyata salah!

“Ada orang yang berbakat dan mahir di bahagian eksekutif pasukan. Apa yang United perlukan untuk jangka masa beberapa tahun akan datang, letakkan seorang pengarah bola sepak yang berkelas dunia, malangnya mereka tidak buat dan itu amat mengecewakan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN