Pemain tengah Manchester United, Nemanja Matic meluahkan kekecewaannya kerana lebih banyak memanaskan bangku simpanan sejak permulaan musim ini.
Pemain tengah berusia 31 tahun itu tiba di Old Trafford dari Chelsea dengan nilai £40 juta pada tahun 2017 memandangkan beliau merupakan pemain kegemaran Jose Mourinho.
Beliau cuma dapat memulakan perlawanan sebagai pemain kesebelasan utama United pada musim ini dalam kemenangan 1-0 ke atas Leicester City berikutkan kecederaan yang menimpa Paul Pogba.
Pemain Serbia itu tentunya mengharap peranan lebih penting selepas Ander Herrera meninggalkan pasukan. Namun Ole Gunnar Solskjaer lebih gemar menggandingkan Pogba dan pemain muda Scott McTominay untuk membentuk pivot di bahagian tengah.
‘Sudah tentulah [ia sangat mengecewakan],” kata Matic kepada Sky Sports. “Saya mahu lebih kerap bermain. Saya sentiasa berikan yang terbaik kepada pasukan.
“Pengurus adalah individu yang berhak untuk memilih pemain yang akan beraksi dan apabila kamu diputuskan untuk duduk di bangku simpanan, sudah tentu kamu tidak gembira.
“Tetapi saya masih berusaha keras untuk meyakinkan Ole untuk mengubah fikirannya dan memilih saya untuk bermain dalam perlawanan seterusnya. Musim ini masih panjang.
“Berhadapan Leicester, kamu boleh lihat. Saya bermain dan kami menang perlawanan itu. Saya gembira [dengan keputusan perlawanan], jadi kita tunggu dan lihat akan datang apa yang akan diputuskan oleh pengurus.
Against Leicester, Nemanja Matić lost possession every THREE touches on average. pic.twitter.com/m28D7yhD3k
— UtdArena (@UtdArena) September 14, 2019
Matic sebelum ini mengkritik secara terbuka, pengurus warganegara Norway itu perlu bertanggungjawab sekiranya The Red Devils gagal bersaing untuk meraih kejuaraan.
“Saya sentiasa bersedia. Sejak 10 tahun lepas, saya sudah bermain di tahap tertinggi dan setiap perlawanan saya cuba lakukan yang terbaik untuk pasukan kerana saya menganggap saya pemain yang boleh banyak membantu pasukan.
https://twitter.com/ManUnited_ENG_/status/1169220872990797826?s=20
Apabila ditanya adakah beliau sejenis pemain yang mengetuk pintu pengurus pasukan untuk meminta peluang bermain lebih kerap, Matic pantas menafikannya.
“Tidak, saya tak pernah buat seperti itu. Saya akan tunjukkan kualiti dan kemampuan saya di atas padang, semasa sesi latihan dan dalam perlawanan. Itu cara yang lebih bermaruah untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.”