Nemanja Matic Mahu Paul Pogba Kekal Bersama Manchester United

Pogba

Pemain tengah Manchester United, Nemanja Matic mahu melihat rakan seposisinya, Paul Pogba untuk terus kekal bersama The Red Devils pada musim ini walaupun beliau dikaitkan dengan Real Madrid.

Sebelum ini telah banyak spekulasi yang melibatkan Pogba tersebar di dada akhbar dan ada juga yang mengatakan beliau tidak gembira bersama United.

Beliau turut tidak disenaraikan pada aksi pra-musim terakhir Manchester United ketika berdepan AC Milan di Cardiff.

”Sudah tentu, dia (Paul Pogba) merupakan pemain yang hebat dan sangat penting buat pasukan,” jelas Matic ketika ditanya adakah dia mahu melihat Pogba kekal bersama Manchester United.

”Kami akan lihat apa yang akan berlaku. Dia merupakan pemain Manchester United dan sudah tentu kami gembira sekiranya dia kekal bersama pasukan.”

”Saya tidak nampak bahawa dia akan meninggalkan pasukan tetapi dalam bola sepak segalanya-galanya mungkin.”

Sekiranya Pogba tetap mengambil keputusan untuk meninggalkan United, ia akan menjadi perkembangan yang cukup sukar buat mereka setelah terlebih dahulu kehilangan khidmat seorang lagi pemain tengah, Ander Herrera yang berhijrah ke Paris Saint-Germain.

Manchester United akan menanti kunjungan Chelsea pada hujung minggu ini pada aksi sulung Liga Perdana Inggeris 2019/20.

 

 

Leave a Reply