Nelo Vingada Tidak Akan Letak Jawatan

Jurulatih skuad Harimau Malaya Nelo Vingada, yang juga merupakan bekas jurulatih kebangsaan Arab Saudi dan Jordan setakat ini masih mencari kemenangan pertama selepas kekalahan 1-2 kepada Lubnan dan seri 1-1 dengan Hong Kong dalam dua aksi awal kelayakan Piala Asia yang berlangsung di Larkin dan Melaka sebelum ini.

Kekalahan kepada Hong Kong di Stadium Hong Kong meletakkan Malaysia kekal di tangga tercorot kumpulan, dengan satu mata dan berdepan tugas lebih sukar apabila bertandang ke Lubnan selain dua aksi timbal balik berdepan Korea Utara nanti. Situasi itu menyebabkan jawatan Vingada berada dalam bahaya sehingga menyebabkan penyokong dan pengkritik bola sepak tanah air mahu beliau meletak jawatan.

“Untuk memikirkan soal tinggalkan pasukan, sudah semestinya jauh sekali. Tugas saya masih belum selesai dan saya optimis kami akan tampil lebih mantap menjelang saingan Piala AFF penghujung tahun depan,” katanya kepada media selepas tiba di lapangan terbang KLIA.

“Saya masih belum berputus asa, saya sangat optimistik dan realistik. Apabila saya melatih pasukan Arab Saudi dan Portugal, saya tahu saya berada di kelas yang berbeza. Saya sedar saya berada di mana dan sudah tentu saya mahu membawa Malaysia berada di peringkat yang lebih tinggi”

“Saya di sini kerana saya suka berada di sini dan saya menghormati semua orang. Saya percaya para jurulatih dan pemain juga kenal siapa saya. Saya boleh pergi bila-bila masa dan masih kekal dengan pendirian saya kerana saya akan beri yang terbaik ”

Malaysia akan menghadapi Korea Utara dalam satu lagi perlawanan kelayakan Piala Asia pada 14 November tanpa kelibat 2 pemain yang digantung kerana mengutip kad merah. Mereka ialah Aidil Zafuan dan Safiq Rahim.

Gambar kredit: Freemalaysiatoday

Menurut Vingada, Safiq telah memohon maaf kepadanya di bilik persalinan selepas beliau mengutip kad merah pada minit 40 kerana didakwa mengasari pemain pertahanan Hong Kong, Daniel Cancela Rodriguez.

“Ini kali pertama ia berlaku di bawah bimbingan saya. Saya kenal beliau, beliau ialah seorang kapten yang baik dengan semangat juang yang tinggi. Dia mengaku kesalahannya. Sudah tentu bila kami kehilangan Safiq, kami gagal mengawal bola dan meneruskan rentak permainan seperti biasa ”

Ini merupakan kad merah ketiga dalam karier antarabangsa Safiq Rahim yang mempunyai 76 caps.

“Saya tidak kecewa dengannya kerana saya tahu dia tidak sengaja. Saya anggap ia sebagai kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku. Dia sudah memohon maaf dan tidak akan mengulangi lagi kesalahan itu. Saya harap Safiq belajar daripada kesilapan ini dan saya mengaku pengadil membuat keputusan yang betul,” ujarnya.

Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersedia memberikan pengendali dari Portugal berkenaan lebih banyak masa untuk membentuk skuad kebangsaan yang lebih mantap.

Menurut Tunku Ismail, beliau hanya bersedia menilai kedudukan Vingada jika prestasi pasukan masih di takuk lama, selepas segala perubahan sudah dilakukan termasuk dalam pemilihan pemain.

“Beliau ada pengalaman luas tapi beliau perlukan masa di sini. Jika satu hari nanti kita ada kedudukan kewangan lebih baik, kita akan lantik orang lebih baik, tapi sekarang, ini saja kemampuan kita,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN