Nelo Vingada Seorang Yang Tegas, Bervisi Dan Bijak – Syamer Kutty Abba

Baru-baru ini, bekas pemain bola sepak negara, Serbegeth Singh telah menggesa jurulatih skuad kebangsaan, Nelo Vingada untuk meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan. Ia telah menerima reaksi yang pelbagai.

Jurulatih yang berusia 64 tahun itu ketika ini sedang berdepan dengan tekanan selepas gagal meraih sebarang kemenangan dalam lima siri perlawanan sejak dilantik pada Jun lalu. Selain itu, Harimau Malaya juga bergelut dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019.

Namun bagi pemain tengah, Syamer Kutty Abba, Vingada adalah seorang jurulatih yang tegas, bervisi dan bijak. Itu adalah pandangan peribadi Syamer apabila ditanya Semuanya BOLA mengenai karekter ketua jurulatih skuad kebangsaan itu.

Pemain skuad B-22, Syamer Kutty Abba bersama Matthew Davies dan Safawi Rasid berada dalam kesebelasan utama tempohari. Foto: Facebook FAM.

Syamer adalah antara muka baharu dalam skuad kebangsaan apabila telah mendapat peluang untuk membarisi kesebelasan utama dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong, pada 10 Oktober lalu.

Bercakap mengenai perasaannya apabila berjaya menembusi skuad utama, Syamer mengakui dirinya sangat gembira apabila dapat membuktikan sesuatu. Namun, dia menjelaskan masih terselit juga perasaan gemuruh untuk beraksi bersama skuad senior.

“Tidak sama, kerana di skuad senior saya berlatih bersama-sama dengan orang yang lebih matang dan berpengalaman,” tegasnya mengenai perbezaan antara skuad B-22 dan senior.

Syamer adalah satu-satunya pemain baharu yang membuat penampilan sulung dalam perlawanan yang tidak memihak kepada skuad Harimau Malaya itu. Malaysia tewas mengejut 0-2 kepada Hong Kong.

Safiq Rahim meninggalkan beban kepada rakan sepasukan selepas dilayangkan kad merah. Foto: Asiana.my

Salah satu penyumbang kepada kekalahan tersebut pastinya akibat layangan kad merah kepada kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim di penghujung babak pertama. Skuad negara kehilangan seorang pemain di tengah dan juga ketua pasukan.

“Kami terasa kehilangan dia (Safiq Rahim) kerana dia adalah seorang yang penting untuk mengemudi jentera tengah. Walaubagaimanapun, saya yakin kami masih mampu memberikan saingan,” ujar Syamer kepada Semuanya BOLA.

Bagaimanapun, Syamer menjelaskan yang dia tidak kecewa apabila penampilan pertamanya bersama skuad kebangsaan dipalit dengan kekalahan. Baginya, perjalanan kariernya masih jauh dan dia perlu belajar dari masa ke masa.

Sebelum ini, penyokong dan pemerhati bola sepak tempatan pasti risau akan pemilihan Kiko Insa dek kerana permainan agresifnya. Malah ada juga yang mempersoalkan relevannya kehadiran pemain ‘potensi kad merah’ itu ke dalam skuad kebangsaan.

Namun, setelah melalui empat penampilan bersama skuad kebangsaan, Kiko Insa masih belum dilayangkan sebarang kad merah, sebaliknya tiga pemain lain yang menjadi penyumbang iaitu Rizal Ghazali, Aidil Zafuan dan juga Safiq Rahim.

Syamer merupakan pemain utama skuad Pulau Pinang musim ini. Photo by Zam Zainal / www.asiana.my

Selain itu, mengenai masa depannya, pemain tengah Pulau Pinang itu memaklumkan dirinya masih belum menerima sebarang tawaran perlanjutan kontrak untuk terus bersama skuad Harimau Kumbang sehingga ini.

“Mungkin kerana Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang baru letak jawatan,” ujarnya ringkas dan turut menyatakan ada menerima tawaran pasukan lain, namun belum ada tawaran rasmi secara bertulis.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN