Nelo Vingada Tekankan Kepada Pemain Malaysia, Kepentingan ‘Compactness’ Ketika Hilang Bola

“Jika anda harus tanya saya tentang falsafah permainan Malaysia yang saya mahu terapkan, anda perlu faham bahawa saya perlu tekankan kekuatan kita. Kita mesti compact bila hilang bola. Semua pemain perlu komited ketika bertahan. Kemudian kita perlu menyerang balas dengan baik.”

Begitulah jawapan ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia ketika ditanya oleh wartawan mengenai falsafah bola sepak yang mahu diterapkannya.

Selepas mengelak untuk menjawab soalan sama semasa sidang media pengenalannya pada 24 Mei 2017 lepas, kali ini Vingada mengaku beliau tidak boleh menerapkan corak permainan menyerang.

“Satu, kita perlu ambil kira kekuatan Lubnan. Tak banyak yang saya tahu tentang kekuatan Lubnan,” dedah Vingada jujur dalam sidang media pra-perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 di Hotel Thistle, Johor Bahru petang tadi.

“Tetapi yang paling penting, perlawanan inilah peluang saya untuk mengenali kekuatan pasukan kita.”

Safiq kekal kapten kerana pengalamannya

Perhatian turut tertumpu kepada Safiq Rahim yang kali pertama kembali ke pangkuan skuad kebangsaan sejak mengumumkan persaraan di peringkat antarabangsa pada bulan Julai 2016 lepas.

Ketika ditanya wartawan mengenai justifikasi beliau memilih Safiq sebagai kapten Malaysia untuk perlawanan esok, Vingada menjawab, “Saya pilih Safiq kerana beliau pernah menjadi kapten skuad kebangsaan sebelum ini. Staf saya juga mencadangkan nama beliau.”

Bagi Safiq, beban sebagai kapten skuad kebangsaan – walaupun sudah biasa dengan tekanan – tetap mencabar baginya. Beberapa kali juga beliau menekankan kepentingan memberi usaha lebih 100% untuk menggembirakan ‘semua pihak’.

Kami pasti kumpulan penyokong Harimau Malaya yang mengkritik keputusannya bersara sebelum kembali semula berada dalam fikiran Safiq. Beliau perlu memberikan usaha maksimum untuk membuktikan komitmen beliau yang kini dipersoal.

“Lubnan jelas pasukan pilihan. Tambahan lagi mereka lebih bersedia (setelah perlawanan Korea Utara vs Malaysia ditangguhkan). Pasukan kita pula berwajah baru. Kami akan beri usaha lebih 100% esok,” kata Safiq.

Vingada turut menyokong sentimen anak buahnya. “Ini adalah cabaran baru buat Malaysia kita. Saya tahu tingginya jangkaan anda semua kepada saya. Tapi saya harap anda semua memberikan sokongan kepada Malaysia bermula esok,” luah Vingada.

Kami ingin mengucapkan semoga maju jaya kepada Nelo Vingada dan seluruh tenaga kerja Harimau Malaya. 2 wakil kami akan berada di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin untuk membuat liputan perlawanan esok dan menyokong Harimau Malaya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN