Pengurus Cardiff City menuduh Mohamed Salah sengaja melakukan terjunan badan untuk mendapatkan penalti.
Liverpool menang 2-0 dalam aksi di Cardiff. Jaringan The Reds adalah menerusi Wijnaldum dan James Milner.
Cardiff City masih lagi bertarung untuk kekal dalam EPL. Mereka kini menduduki tangga ke-18 dalam carta liga.
Dalam sidang media selepas tamat perlawanan, pengurus Cardiff City melabel Mohamed Salah sebagai ‘diver’. Warnock tidak gembira dengan insiden melibatkan Mo Salah dan Sean Morrison – bintang Liverpool itu ditarik oleh Sean Morisson.
Namun Warnock menganggap Mo Salah sebagai Tom Daley versi bola sepak. Tom Daley adalah penerjun legenda Britain.
“Kita memberikan beliau [pengadil] kesempatan untuk memberikan penalti bukan? Sebab tangan beliau [Morisson] di badan Salah.”
“Akhirnya, lakonan Salah mencipta skor ‘solid’ 9.9 untuk tugas Tom Daley. Rasanya mungkin beliau tak akan dapat markah lebih tinggi di papan terjunan.”
“I don’t think he could have got much higher off the diving board” 👀
Neil Warnock wasn't happy with the way Mohamed Salah went down for Liverpool's penalty yesterday 🗣 pic.twitter.com/5TRI2LHRsA
— GOAL (@goal) April 22, 2019
Salah memenangi penalti untuk Liverpool yang disudahkan oleh James Milner. Liverpool menang 2-0 untuk memastikan mereka kembali berada di puncak liga.
Jurgen Klopp ternyata tidak gembira dengan kritikan Warnock. Beliau berkata: “Tiada keraguan itu adalah penalti. Jika pemain pertahanan menggunakan tangan mereka untuk melakukan cabaran sebanyak 4-5 kali, itu memberikan penalti.”
Selain itu Jurgen Klopp turut memuji anak buah beliau yang terus memberikan persaingan kejuaraan dengan Manchester City.