Pengurus Celtic, Neil Lennon memberitahu Arsenal agar menawarkan harga jauh lebih tinggi daripada £15 juta jika mereka mahukan Kieran Tierney.
David Ornstein beberapa hari lalu melaporkan; The Gunners menghantar bidaan berjumlah £15 juta untuk Kieran Tierney. Dan ianya ditolak oleh Celtic kerana merasakan tawaran itu terlalu rendah. Arsenal dijangkan akan mengemukakan tawaran baharu dalam masa terdekat.
As reported elsewhere Arsenal have had an opening bid of £15m for Celtic left-back Kieran Tierney rejected – but there is optimism an agreement will be reached between the clubs, while personal terms for the 22-year-old Scotland international shouldn’t be a problem #AFC #CelticFC
— David Ornstein (@David_Ornstein) June 22, 2019
Pundit John Hartson menganggap bidaan Arsenal itu sebagai memalukan. Ini kerana beliau percaya Arsenal seharusnya membida sekurang-kurangnya £25 juta untuk bek sisi berusia 22 tahun itu.
Berita bidaan Arsenal untuk Tierney itu disahkan sendiri oleh Neil Lennon yang menganggap tawaran itu terlalu rendah untuk pemain yang ‘bukan untuk dijual’.
Lennon kemudian tidak meletakkan tanda harga yang dimahukan Celtic. Beliau cuma menasihatkan agar Arsenal membida dengan angka yang jauh lebih tinggi daripada apa yang mereka tawarkan sebelum ini.
Lennon juga memberikan bayangan bahawa Celtic tidak berniat menjual Kieran Tierney kecuali dengan tawaran yang dianggap luar biasa.
Lennon ketika ditanya, sama ada mereka mendapat tawaran lain untuk Tierney – yang mungkin membuatkan mereka menolak tawaran Arsenal, beliau berkata: “Saya tidak periksa lagi akan perkara itu. Namun Arsenal pastinya sedar bahawa kami ada valuasi tersendiri untuk harga pemain kami.”
“Tierney ada kontrak jangka panjang di sini, beliau adalah aset kelab dan kami enggan menjual beliau.”
Neil Lennon (Celtic manager) on Tierney: “Arsenal are aware of what we value the player. He’s on a long-term contract, he’s an asset & we don’t want to sell him. It’s going to have to take a lot more than what they’ve offered the first time around to give us a decision to make.” pic.twitter.com/Dfnp1bKZJw
— afcstuff (@afcstuff) June 27, 2019
“Ia memerlukan mereka [Arsenal] menawarkan harga yang jauh lebih tinggi daripada tawaran pertama mereka, untuk kami pertimbangkan keputusan.”
“Saya sudah bercakap dengan Tierney, kerana ianya boleh menjadi satu keputusan yang sukar dan masih belum diselesaikan.”
“Kita akan menyokong beliau [Tierney] walau apa jua keputusan daripada perkara ini selepas ini.”
"Every player has his price but until that is matched there is nothing more to say"
Celtic boss Neil Lennon has the latest on Kieran Tierney, who has was the subject of a rejected bid from Arsenal over the weekend.
More: https://t.co/pAqHvRNf00 pic.twitter.com/K1kjr5dCac
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) June 26, 2019
Lennon menjangkakan kelab mereka akan diuji sekali lagi oleh Arsenal dengan tawaran terbaharu yang mungkin akan mengganggu fokus pemain itu kepada kelab.
Bekas pemain kebangsaan Scotland, Charlie Adam pula menjangkakan Tierney akan memilih untuk ke Arsenal, sekiranya kelab itu terus serius dalam pemburuan mereka.
Adam berkata: “Saya rasa, sudah tiba masanya untuk beliau [Tierney] meninggalkan Celtic. Ini adalah perkembangan yang positif untuk karier beliau. Lihat, sejauh mana Andy Robertson membangun sebagai pemain di Liverpool. Dan sebagai pemain anda perlu berfikir: ‘saya mahu perkara yang sama seperti itu’.”
“Tierney sangat mengagumkan di Celtic, memenangi treble. Ia satu keputusan yang sukar untuk beliau pergi kerana beliau adalah peminat tegar Celtic.”
“Tetapi jika Arsenal mahukan beliau, mereka perlu membayar sejumlah wang yang menunjukkan betapa seriusnya mereka untuk mendapatkan Tierney. ”
Arsenal dijangka akan memperbaiki tawaran mereka dengan bidaan bernilai £19 juta.
Arsenal are expected to make an improved £19m offer for Celtic left-back Kieran Tierney today. [Daily Record] #afc pic.twitter.com/Ne6oLaWaNt
— afcstuff (@afcstuff) June 27, 2019