Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia yang tampil memberi penjelasan berkenaan isu tunggakan KWSP, PERKESO, LHDN, dan gaji terhadap semua pemain di bawah kendalian persatuan bola sepak itu.
Ucapan terima kasih itu disampaikan melalui perkongsian melalui laman Facebook rasmi persatuan itu petang semalam.
Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan ingin mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bolasepak Malaysia kerana telah…
Posted by Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan – PBNS on Sunday, August 4, 2019
Sebelum ini Penasihat PBNS, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan persatuan itu dipalit masalah pembayaran gaji pemain.
Penafian oleh Aminuddin adalah susulan daripada pendedahan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFAM), Izham Ismail baru-baru ini. Aminuddin bagaimanapun menyangkal keras dakwaan tersebut.
Bercakap kepada BERNAMA, Aminuddin dipetik sebagai berkata:
Tunggakan hutang gaji pemain memberikan isyarat yang tidak baik kepada bola sepak Malaysia. Ikuti siaran media PFAM tentang perkara yang kian meruncing. Banyak janji sekadar janji
Posted by Semuanya BOLA on Saturday, August 3, 2019
“Kalau mengikut laporan yang saya terima, PBNS menjelaskan gaji pemainnya setiap bulan dan tiada yang tertunggak. Cuma bayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ada tertunggak beberapa bulan, tetapi itu pun kami sedang uruskan. Bayaran KWSP yang tertunggak itu, kami akan jelaskan dalam sedikit hari lagi…tiada masalah.
“Setakat ini bayaran gaji bulanan pemain tiada masalah…kami bayar, cuma KWSP ada tertunggak,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Selain Negeri Sembilan, antara pasukan lain yang turut mempunyai tunggakan seperti yang disenaraikan oleh PFAM ialah Melaka, Kelantan, Pahang, dan juga PDRM FA.