Negeri Sembilan Sedang Membangun Atau Terus Mundur Ke Belakang?

Negeri Sembilan pada awal musim ini terus menghadirkan persoalan dalam kalangan ramai peminat tempatan, terutama penyokong mereka sendiri menerusi prestasi ditampilkan kurang menyakinkan.

Terbaharu, skuad Hoben Jang Hoben telah pun merekodkan kekalahan besar buat kali kedua musim ini di saingan domestik, dengan Selangor terus menghantui mereka.

Untuk saingan Piala FA semalam, skuad kendalian Azzmi Aziz mencatat kekalahan besar 0-4 buat kali kedua musim ini di tangan Selangor dan mencetuskan pertikaian dalam kalangan peminat.

Apa tidaknya, selain mencatat kekalahan besar untuk kali kedua berturut-turut, Negeri Sembilan
juga tampil bersama aksi sangat tidak konsisten di atas padang di segenap posisi.

Pada aksi tersebut, skuad kendalian Nidzam Jamil seolah langsung tidak menghadapi kesukaran untuk mencipta banyak peluang di hadapan gawang gol lawan selain tenang menguasai permainan.

Empat jaringan terhasil masing-masing melalui dua peledak berbisa mereka, Alvin Fortes serta Yohandry Orozco dengan pertahanan Negeri Sembilan begitu mudah diatasi.

Keputusan itu menyaksikan Negeri Sembilan tidak lagi layak ke pusingan seterusnya bagi persaingan Piala FA musim 2024/2025 dan telah mencetuskan beberapa pertikaian dalam kalangan penyokong mereka di media sosial.

Malah ada turut mempertikaikan mengenai keadaan pasukan jika ia kini sedang membangun atau terus mundur ke belakang jika dibandingkan kelab-kelab lain di Malaysia.

Daripada tiga perlawanan dihadapi Negeri Sembilan, mereka telah pun dibolosi sebanyak 11 gol serta hanya merekodkan satu jaringan sahaja.

Menerusi pandangan segelintir penyokong di media sosial, ramai penyokong kecewa dengan apa telah dipamerkan oleh Negeri Sembilan daripada segi penghasilan keputusan perlawanan.

Malah, tidak kurang ada yang turut mempertikaikan kualiti pemain import untuk saingan musim ini dengan tiada sebarang impak positif diberikan selain hanya Takumi Sasaki seorang.

Tampil dengan rombakan besar musim ini, ramai mengharapkan skuad Hoben Jang Hoben sebenarnya mampu berubah menjadi lebih baik selepas mereka menghadapi episod sukar pada tahun lalu.

Namun, sehingga tiga perlawanan dilalui segalanya tampil kurang menyakinkan buat sekelompok besar para peminat dan diluahkannya di media sosial.

Pada pandangan kami di Semuanya BOLA pula, masa perlu diberikan sekurangnya untuk lima perlawanan kerana Negeri Sembilan kini dilihat masih belum menyesuaikan diri dengan baik di ketika mengharungi perlawanan rasmi.

Anda pula?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN