Kisah Dua Negara Congo Yang Dipisahkan Oleh Lembangan Sungai

Sempena kalendar perlawanan antarabangsa (yang membosankan bagi sesetengah pihak), marilah kita mengetahui serba sedikit di sebalik dua buah negara di benua Afrika.

Nama mereka hampir serupa, walhal dahulunya satu kawasan yang sama. Tahukah anda terdapat dua negara Congo berdaftar dengan FIFA?

Asal Usul

Dahulunya, kawasan lembangan sungai Congo ini merupakan kawasan pelabuhan. Pelabuhan ini mula dikenali pada penghujung abad ke-15.

Ia telah menarik ramai pedagang untuk berdagang di kawasan itu. Tidak ketinggalan pedangang daripada Eropah.

Pada 1885, Raja Leopold II Belgium telah menawan sebahagian kawasan timur lembangan sungai Congo ini sebagai hak milik peribadi. Cuma pada 1908, Kerajaan Belgium mengambil alih wilayah tersebut dan dinamakan sebagai ‘Belgian Congo’.

Di sebelah barat Sungai Congo, seteru kuasa Eropah lain iaitu Perancis telah menduduki kawasan tersebut. Ia dikenali pula sebagai ‘French Congo’.

Merdeka

Sungai Congo yang memisahkan dua negara berbeza. Sumber: Bluelatitudegroup.

Dekolonisasi telah diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi negara kuasa besar untuk memerdekakan wilayah dijajah.

Belgium memerdekakan wilayah jajahannya pada 30 Jun 1960. Wilayah itu dikenali sebagai Democratic Republic of Congo(DR Congo).

15 Ogos 1960 pula menjadi sejarah apabila Perancis memerdekan French Congo. Wilayah itu pula menggunakan nama Republic of Congo.

Masyarakat antarabangsa memang sering keliru dengan nama ini. DR Congo telah dikenali sebagai Congo-Kinshasa bersempena nama ibu negaranya, Kinshasa. Jirannya pula dikenali sebagai Congo-Brazzaville, juga mengambil nama ibu negara iaitu Brazzaville.

Sebenarnya kedua-dua ibu negara ini dipisahkan dengan sungai Congo itu sendiri!

Siapa lagi hebat?

DR Congo memenangi CHAN pada 2016. Sumber: Daily Post Nigeria.

Bola sepak merupakan sukan utama di benua Afrika, walaupun mereka tidak pernah mara hingga ke separuh akhir!

DR Congo pernah beraksi dalam Piala Dunia 1974. Tetapi mereka menggunakan nama Zaire. Penggunaan nama Zaire ini tidak lama, hanya sekitar 1971 hingga 1997. Selepas itu, barulah nama DR Congo digunakan semula.

Republik Congo tidak pernah layak ke Piala Dunia.

Bagi kejuaraan Piala Negara-negara Afrika (AFCON), DR Congo pernah memenanginya dua kali. Mereka memenanginya pada tahun 1968 dan 1974.

Republik Congo pula memenangi kejohanan AFCON pada 1972. Edisi sebelum jiran mereka di timur memenanginya.

Untuk kejuaraan CHAN (African Nations Championship), DR Congo menjadi johan sebanyak dua kali. Kali pertama pada 2009 manakala kejuaraan kedua hadir pada 2016. DR Congo menjadi pemegang rekod juara CHAN terbanyak.

Sebenarnya kedua-dua pasukan ini menjadi ahli Persekutuan Bola Sepak Afrika Tengah (UNIFFAC). UNIFFAC menganjurkan kejohanan serantau.

Skuad Congo semasa kelayakan CHAN 2018 yang lalu. Sumber: Futaa.com

Republik Congo pernah memenanginya 3 kali iaitu pada tahun 1990, 2007 dan 2010. DR Congo tidak pernah memenanginya walaupun sekali.

Kali terakhir kedua-dua tetangga ini bertemu ialah untuk kelayakan CHAN 2018 yang diadakan pada tahun lepas.

Republik Congo layak melalui kiraan gol di tempat lawan. Kedua-dua pasukan terikat jaringan 1-1.

Pemain dikenali

DR Congo beruntung kerana mempunyai ramai pemain yang beraksi di liga Eropah. Yannick Bolasie kini bersama Everton di Liga Inggeris. Benik Afobe menjadi penyerang untuk kelab Bournemouth.

Pertahanan Guingamp di Liga Perancis, Jordan Ikoko pernah menyarung jersi DR Congo.

Republik Congo pula mempunyai ramai pemain yang banyak beraksi di liga domestik. Ada juga yang berkelana ke Eropah.

Contohnya, Marvin Baudry di kelab Belgium, Zulte Waregem. Begitu juga Delvin N’Dinga di kelab Turki, Sivasspor.

Penutup

Begitulah kisah dua buah negara yang asalnya satu. Namun terpisah dek penjajahan kuasa Eropah.

Kami tidak rasa mereka akan bersatu semula. Jika dibandingkan kehebatan dalam sukan bola sepak, ia umpama antara dua darjat!

Namun, kami harapkan artikel ini dapat memberi kefahaman kenapa ada dua Congo di Afrika.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN