Kisah pasukan bola sepak Syria antara perkara yang terindah untuk rakyat mereka sekarang ini. Syria berjaya menghiupkan impian ke Piala Dunia apabila seri dengan Iran semalam.
Keputusan ini sekaligus membolehkan Syria mara ke pusingan play off menentang Australia.
Iran adalah pasukan yang cemerlang dalam pusingan kelayakan kali ini. Mereka tidak bolos dalam 9 perlawanan terakhir. Iran juga sudah mara ke Piala Dunia Rusia.
Namun Syria mengejutkan tuan rumah dengan jaringan pendahuluan. Itulah bolos pertama Iran dalam 10 perlawanan kelayakan.
Bintang sensasi Iran, Sardar Azmoun menyamakan kedudukan dan kemudian beliau memberikan Iran pendahuluan dengan jaringan ke-2.
Di kala harapan Syria untuk ke play-off kian samar, Syria akhinrya berjaya menyamakan kedudukan pada masa kecederaan menerusi jaringan Omar Al Somah.
Jaringan itu telah diraikan dengan cukup gembira pemain Syria yang berjaya menempah tempat di pusingan penentuan. Pesaing mereka, Uzbekistan turut terikat dengan Korea Selatan.
Bola sepak Syria dalam 2 musim kebelakangan ini penuh dengan liku. Mereka pernah beraksi di Malaysia untuk meminjam stadium di sini untuk mengadakan perlawanan antarabangsa mereka.
Ini kerana keadaan di negara mereka yang sedang bergolak. Syria juga tidak ada masa yang lama untuk melakukan persiapan sebaik mungkin dalam setiap perlawanan mereka.
Kejayaan pasukan bola sepak ini pastinya sesuatu yang diraikan oleh semua rakyat Syria.
Kini mereka perlu melepasi halangan terakhir untuk beraksi di Piala Dunia buat pertama kali di dalam sejarah mereka.
Satu kisah yang penuh inspirasi untuk dijadikan motivasi para pemain negara kita.
Tahniah Syria! Kami harap anda berjaya.