Negara amerika latin seperti Argentina, Uruguay, Paraguay dan Chile dikatakan menjadi pilihan untuk menganjurkan Piala Dunia 2030, kata presiden Konfederasi Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL) hari ini.
Bidaan asal untuk edisi 2030 dibuat bersama oleh Argentina dan Uruguay, dengan negara jiran Paraguay dan Chile menyertai mereka selepas itu.
Chile, Argentina, Paraguay and Uruguay. Could all 4 co-host the 2030 World Cup? #FIFA https://t.co/NaEm0jbfyH
— NBC Sports Soccer (@NBCSportsSoccer) March 20, 2019
“Saya fikir kami adalah pasukan pilihan untuk menang,” kata Alejandro Dominguez.
“Jika kami menjalankan tugas kami dengan baik di CONMEBOL dan negara menjalankan tugas mereka jadi kami adalah pasukan pilihan untuk menang.
Dominguez berkata selepas pertemuan dengan presiden empat negara yang berkongsi bidaan itu di Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Kerjasama Selatan-Selatan di Buenos Aires.
Koordinator bidaan Fernando Marin memberitahu tiada kemungkinan untuk menambah negara kelima untuk bidaan itu.
“Kemasukan Chile dan dengan pembabitan CONMEBOL memenuhi aspirasi benua berkenaan,” kata Marin yang menambah, empat negara berkenaan akan bertemu pada 8 April di Buenos Aires untuk membincangkan bidaan itu.
https://twitter.com/footy90com/status/1108595456530178048
Bidaan pelbagai negara itu dibuat sempena ulang tahun ke-100 Piala Dunia pertama yang diadakan di Uruguay pada 1930.
Empat negara Amerika Selatan itu dijangka berdepan saingan sengit daripada Maghribi, Sepanyol, Portugal dan England yang turut berminat menganjurkannya.
Piala Dunia 2022 akan dianjurkan di Qatar dan Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada akan menganjurkannya secara bersama pada 2026.