Johan Neeskens: “Kelab-Kelab Kaya Telah ‘Rosakkan’ Bakat Muda Belanda”

Bercakap kepada Reuters, lagenda bola sepak Belanda, Johan Neeskens mengkritik kelab-kelab kaya yang telah ‘merosakkan’ bakat-bakat muda bola sepak Belanda sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kelab-kelab kaya akan sentiasa mencari pemain-pemain muda yang bagus. Mereka menawarkan kontrak yang menarik, menawarkan pekerjaan kepada ibu bapa pemain, berikan rumah, dan sudah tentu pemain tersebut akan pergi,” ujar Neeskens.

“Mungkin mereka tidak pernah melihat wang yang sebegitu banyak dalam hidup mereka. Namun, ini mungkin tidak baik untuk masa depan pemain-pemain muda tersebut,” tambahnya lagi.

Johan Neeskens. Foto: Ntombela/BackpagePix

Menurut Neeskens lagi, apa yang merugikan adalah, selepas pemergian pemain muda tersebut ke kelab-kelab kaya tersebut, aksi mereka tidak akan lagi dapat dilihat di peringkat yang lebih tinggi.

Neeskens mengambil contoh dua orang bakat muda, Memphis Depay dan Davy Klaassen yang gagal untuk menembusi skuad kebangsaan dek kerana tidak dapat aksi yang cukup untuk kelab masing-masing.

“Pemain muda seperti (Memphis) Depay yang menyertai Manchester United, namun gagal untuk beraksi dalam skuad utama, jadi dia tidak terpilih untuk bersama skuad kebangsaan Belanda.

Kapten Ajax, Davy Klaassen. Foto: PATRIK STOLLARZ/AFP.

“Kita juga ada Davy Klaassen, kapten Ajax Amsterdam, yang telah menyertai Everton namun sehingga kini dia langsung tidak diturunkan untuk beraksi,” ujar lagenda yang kini berusia 66 tahun itu lagi.

Sebagai pemain, Neeskens pernah mengecapi Piala Eropah tiga tahun berturut-turut bersama-sama Ajax, serta dia antara tonggak yang merealisasikan permainan ‘Total Football’ bersama-sama Johan Cruyff dalam skuad Belanda.

Walaubagaimanapun, era tersebut telah berlalu buat kelab-kelab Belanda. Mereka kini hanya dikenali sebagai pembekal bakat-bakat baharu kepada kelab-kelab besar di negara lain. Ini kerana, mereka gagal bersaing dari segi kewangan.

“Di zaman saya, anda tidak mampu untuk menang 7-0 di tempat lawan, anda sudah cukup gembira jika dapat menang 1-0 atau 2-1, tetapi kini perbezaannya amat ketara.

Johan Nesskens pernah bersama Barcelona. Foto: Mirror.

“Hanya kelab yang kaya akan bermain dan menjadi lebih kuat, sementara kelab-kelab biasa akan semakin lemah dan lemah. Dan itu tidak baik untuk pertandingan,” jelas Nesskens.

“Masalah utamanya adalah, selepas berpindah, pemain muda tersebut tidak akan mendapat tempat dalam kesebelasan utama, dia mungkin akan bermain untuk skuad simpanan atau skuad muda,” tambahnya lagi.

Kritikan Neeskens ini mungkin berpunca daripada dua siri kegagalan Belanda untuk beraksi di kejohanan besar, iaitu di Euro 2016 dan kini gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN